PERGURUAN SEBAGAI SATU
PROFESION.
1. Pengenalan
Sesungguhnya para pendidik hari ini telah memainkan peranan penting di dalam merealisasikan aspirasi negara dalam mewujudkan perpaduan kaum.Pendidik pada hari ini telah membuktikan bahawa mereka telah mengimbangkan kewujudan integrasi nasional yang menjamin keamanan dan kesejahteraan negara.
Guru adalah merupakan ejen kepada keberkesanan pendidikan. Kejayaan dan keberkesanan para guru terhadap tanggungjawab, kelengkapan, keilmuan dan keluhuran peribadi. Pendidik dari kaca mata Islam merupakan murabbi,muallim, muaddib, alim atau ulamak. Mereka berfungsi bukan sahaja untuk memberi kesedaran pada diri sendiri malah juga masyarakat serta tentang hubungan, komitmen dan hubungannya dengan Allah.Perpaduan kaum dapat dicapai sekiranya guru menerapkan nilai-nilai murni seperti saling menghormati antara satu sama lain tidak mengira bangsa dan agama.
Sejarah tidak pernah menipu manusia dan sejarah telah membuktikan betapa golongan pendidik memainkan peranan yang penting dalam menentukan jatuh bangunnya sesebuah bangsa dan negara.Masyarakat ketika itu menjadikan guru sebagai idola dan pakar rujuk dalam segala hal. Kalau dulu guru terpaksa berhadapan dengan pihak penjajah secara terang-terangan, kini, jajahannya diterjemahkan dalam bentuk yang lain pula iaitu lebih mencabar lagi kerana ia melibatkan jajahan pemikiran, budaya dan jati diri yang perlu dihadapi secara professional dan kreatif.

Kedudukan perguruan
sebagai satu profesion di dalam Dasar Pelajaran Kebangsaan turut juga dipenuhi
dengan cabaran-cabaran. Para pendidik telah memperkatakan mengenai profesion
perguruan dari masa ke semasa. Sebelum merdeka lagi sudah ada perbincangan
mengenai perkara ini iaitu sebelum Universiti Malaya hendak ditubuhkan di
Singapura (1949) terdapat satu symposium mengenai ‘Pendidikan Universiti dan
Laporan Carr-Saunders’. Di dalam symposium tersebut perbincangan mengenai
peranan universiti dan kedudukan profesion perguruan turut diadakan ( Lim Tay
Boh 1948). Di antara perkara pokok yang dibangkitkan ialah keperluan guru-guru
sekolah menengah untuk mendapat pendidikan tinggi supaya murid-murid yang bakal
dididik nanti akan mempunyai mutu pendidikan yang baik. Pendidikan guru yang
tinggi dan usaha melahirkan generasi muda yang baik merupakan cabaran yang kuat
di dalam profesion perguruan bukan pada zaman dahulu sahaja tetapi juga masa
kini.
2. Konsep
Profesion dan nilaitaranya
Sesuatu profesion yang sebenar adalah sesuatu bidang yang mempunyai ciri-ciri seperti kepentingan kemahiran intelek, latihan iktisas yang mencukupi, khidmat yang diperlui masyarakat, menikmati otonomi individu dan kumpulan, mementingkan mutu perkhidmatan, mempunyai tatasusila perkhidmatan atau kod etika dan mempunyai organisasi tersendiri untuk menguruskan soal-soal yang berkaitan dengan pendidikan (Lieberman 1956).
Menurut Kamus Dewan ‘profesion’ ialah suatu bidang pekerjaan khasnya yang memerlukan pendidikan dan kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan latihan yang khas.( contohnya : perundangan, perubatan, perguruan dan lain-lain.)
Berdasarkan ciri-ciri profesion, Mok Soon Sang ( 1996 ) merumuskan secara ringkas konsep profesionalisme sebagai :
Suatu pekerjaan yang khusus dan dijalankan oleh orang yang mempunyai kelulusan dan latihan iktisas yang cukup bermutu, bersikap jujur, dedikasi, bertanggungjawab dan bermoral tinggi, mempunyai outonomi bertugas serta mematuhi kod etika yang ditentukan oleh organisasinya.
Di negara kita perguruan ini lebih mirip kepada pekerjaan (vocation) daripada profesion ( Awang Had Salleh 1980 ).
Nilaitara-nilaitara sesuatu profesion merupakan peraturan yang ditetapkan oleh organisasi supaya setiap ahli profesional akan mematuhinya, demi mengawal kualiti dan nilaitara perkhidmatan tersebut .Nilaitara ini menjadi garis panduan dalam usaha memastikan tingkahlaku dipatuhi oleh setiap ahlinya.

3. Aspek Keguruan
Dianggap Sebagai Satu Profesion
3.1 Pengetahuan
atau kemahiran yang diperolehi melaluai pembelajaran teori dan latihan amali
dalam sesuatu tempoh masa yang panjang.
Sebelum seseorang itu menjadi guru, dia perlu menerima latihan dalam perguruan untuk menjadi seorang guru yang bertauliah. Umpananya, seorang guru mesti mempunyai Sijil Perguruan atau Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia sebelum dia boleh mengajar di sekolah kerajaan. Walaubagaimanapun, samada seseorang guru itu menerima latihan perguruan atau tidak, dia mesti mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang mata pelajaran yang hendak diajarnya.Guru juga mesti mengetahuai keadah atau cara penyampaian dalam pengajarannya supaya murid-murid dapat memahami apa yang disampaikan olehnya.
Di samping itu, guru haruslah mempunyai sahsiah yang baik dan dapat dihormati serta dicontohi oleh murid. Sahsiah ini termasuklah tingkah laku dan sikap yang elok, bersabar, bermurah hati dan sentiasa bersifat tenang. Kebanyakan kualiti kecerdasan dan sahsiah guru adalah hasil daripada latihan yang membolehkan seseorang guru menguruskan pengajarannya dengan berkesan. Latihan itu termasuklah kefahaman terhadap sifat kejasmanian dan sifat psiklogi kanak-kanak serta teori penyampaian pelajaran.
Selain tugas dalam bilik darjah, guru juga mempunyai peranan-peranan lain yang diharapkan oleh masyarakat. Misalnya guru diharapkan menjadi pengganti ibubapa, menjadi penasihat dan pembimbing di dalam pembentukkan sahsiah murid, menjadi kaunselor kepada murid-murid, menjadi pengamal dan penyebar nilai kebudayaan yang elok dan seterusnya menjadi contoh sahsiah yang baik kepada masyarakat.

3.2 Mempertingkatkan
Profesionalisme
Sebagai seorang pendidik yang bertanggungjawab, guru hari ini perlu menyedari bahawa tugas dan amanah yang diberikan itu adalah untuk mendidik generasi yang akan menerajuai negara ini. Oleh itu kemahiran dan pengetahuan mengenai method-method pendidikan harus diperkemaskan dari semasa ke semasa . Untuk mendepani cabaran dan tuntutan daripada perubahan-perubahan kurikulum berkenaan, guru hendaklah berusaha melengkapkan diri dengan strategi-strategi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik.
Sehubungan dengan kehendak tersebut guru harus mengikuti kursus-kursus pendidikan yang dianjurkan oleh pihak Kementerian Pendidikan , Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah. Contohnya para guru boleh mengikuti Kursus Dalam Perkhidmatan ataupun Kursus Peningkatan Profesionalisme Keguruan.Kursus-kursus pendidikan yang dihadiri penting bagi seseorang guru untuk mempertingkatkan keupayaan dan prestasi dalam profesion pendidikan yang kian mencabar dan kompleks ini. Memandangkan keperluan pendidikan untuk menyokong usaha-usaha kerajaan, maka profesion keguruan diharapakan dapat membuat anjakan paradigma kepada budaya yang berasaskan ilmu dan pemikiran( Rohani Abdul Hamid,1998)

3.3 Berupaya
Membuat Keputusan dan Menyelesaikan Masalah Serta Berfikiran Kritis dan
Kreatif
Profesion keguruan sememangnya bidang kerjaya yang bukan sahaja mengajar atau mendidik anak bangsa, malah lebih daripada itu. Individu yang terlibat dalam profesion keguruan sebenarnya akan terlibat sebagai pentadbir, pengurus, perancang, pelaksana, penilai, penyelia, pengawal dan sebagainya.Sebagai pentadbir ataupun pengurus, guru harus boleh membuat sesuatu keputusan dalam melaksanakan sesuatu tindakan dan menilai semula hasil sesuatu perkara yang dijalankan.Perubahan-perubahan dalam kurikulum pendidikan juga memerlukan guru untuk menguasai kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Pendekatan ini bukan sahaja perlu digunakan oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah,tetapi jika perlu keadah berfikir secara kritis dan kreatif boleh diaplikasikan dalam pentadbiran,mengurus ataupun dalam perancangan sesuatu program.

3.4 Mahir
Menggunakan IT
Bidang pendidikan sentiasa berkembang dan mengalami perubahan mengikut tuntutan zaman, perkembangan pesat percantuman teknologi-teknologi telekomunikasi dan internet serta globalisasi dunia telah banyak membawa banyak cabaran kepada kita. Kita tidak dapat menyangkal betapa cepatnya IT merubah dunia pembelajaran umpamanya muncul pembelajaran melalui ‘online’. Para guru pada hari ini telah bersikap produktif, proaktif dan responsive terhadap perkembangan kecanggihan teknologi yang telah banyak mengajar anak bangsa kita supaya menjadi satu bangsa yang maju. Ilmu dan kemahiran dalam teknologi info-komunikasi yang dikuasai guru dapat digunakan sebagai pemankin kearah menghasilkan pendidikan yang cemerlang dan berkualiti.Sebagai pemangkin, guru menggunakan teknologi info-komunikasi bukan hanya untuk menyampaikan ilmu di dunia semata-mata tetapi juga untuk meraih kepentingan ilmu akhirat kerana pendidikan berkualiti hanya akan dapat dicapai melalui keseimbangan dalam kedua-dua ilmu tersebut.
Hasrat Malaysia untuk menjadi negara maju pada tahun 2020, menyebabkan pembangunan negara bergerak dengan rancak. Pelbagai usaha dijalankan oleh kerajaan untuk membangunkan teknologi maklumat seperti koridor raya multimedia [ multimedia super corridor (MSC)] yang menjadi pusat telekomunikasi dan penyiaran serantau dan antarabangsa. Hal yang sama juga berlaku dalam kurikulum pendidikan di negara ini, komputer telah dijadikan sebagai satu kurikulum di sekolah. Penubuhan sekolah bestari yang berteraskan penggunaan komputer merupakan salah satu bentuk kurikulum yang memerlukan profesion keguruan tahu dan menguasai teknologi maklumat. Penggunaan komputer dalam pendidikan membawa satu reformasi serta perkembangan baru dalam pelbagai bidang pendidikan, khasnya dalam teknologi pendidikan, teori pendidikan, teori-teori pengajaran-pembelajaran, pengurusan sekolah, sistem pentadbiran pendidikan serta kemahiran dan latihan guru ( Mok Soon Sang, 1996).
Dalam era teknologi maklumat seperti sekarang, kita berhadapan dengan pelbagai peralatan elektronik dalam kehidupan harian, malah kemudahan teknologi telah menjadi satu cara hidup seperti penggunaan pengangkutan berasaskan teknologi (LRT), perkhidmatan bank ( kad ATM), telekomunikasi (telefon bimbit), hiburan ( Video, VCD) dan lain-lain. Jadi rakyat negara ini harus dapat menangani kehidupan di era teknologi maklumat sehingga teknologi itu menjadi sebahagian daripada amalan biasa tanpa disedari. Oleh itu, profesion keguruan harus memperlengkapkan diri secara global dalam perkembangan penggunaan teknologi maklumat dalam kurikulum di sekolah.

3.5 Berpengetahuan
dan Berdaya Fikir Serta Berakhlak
Seseorang guru dalam profesion keguruan ini perlu serba tahu. Guru diharapakan dapat mambawa isu-isu semasa untuk perbincangan dan mencari penyelesaiannya bersama-sama pelajar di dalam kelas. Contohnya, di Malaysia kadar kemalangan jalan raya adalah tinggi, pendidikan memandu kereta adalah satu perkara yang dipandang serius oleh kerajaan pada masa ini. Keselamatn di jalan raya dan cara-cara memandu yang selamat dan bertimbang rasa boleh dibincangkan di dalam kelas untuk menyedarkan pelajar tentang keperluan memperbaiki situasi yang terdapat sekarang, dengan harapan mereka tidak akan berkelakuan sedemikian apabila mereka menjadi pemandu kelak.
Melaluai pembacaan guru dapat menambah ilmu pengatahuan mengenai isu-isu semasa, sama ada yang berkaitan dengan kekeluargaan dan komuniti, janayah : seperti peras ugut, pecah rumah, penculikan dan seumpamanya ; ekonomi : urusan perniagaan, jual-beli saham, hartanah dan sebagainya ; politik : hubungan negara di peringkat antarabangsa dan juga pergolakan politik sesebuah negara. Dalam hal seperti ini, guru diharapkan dapat menggunakan kebijaksanaan dan inisiatif sendiri dalam menggunakan isu-isu semasa untuk dikaji dan dibincangkan dengan pelajar.
Dalam perubahan-perubahan sistem pendidikan yang semakin mencabar ini, profesion keguruan juga perlu menyediakan diri dengan amalan nilai dan akhlak yang terpuji.
Dalam kurikulum pendidikan peringkat rendah dan menengah telah ditegaskan nilai-nilai murni perlu diterapkan dalam pengajaran. Pelaksanaan penerapan nilai penting untuk menyediakan para pelajar menjadi warga yang berguna kepada negara pada masa hadapan. Hal yang sama juga perlu dihayati oleh guru. Enam belas nilai murni yang disarankan dalam kurikulum pendidikan perlu dimiliki oleh guru terlebih dahulu.

4. Penutup
Sistem pendidikan di negara ini akan sentiasa bergerak maju ke hadapan. Perubahan-perubahan yang dilakukan dalam kurikulum pendidikan adalah untuk memenuhi kehendak negara merealisasikan sebuah negara maju pada masa hadapan. Setiap perubahan-perubahan dalam kurikulum pendidikan yang diperkenalkan menjadi satu bentuk cabaran dalam profesion keguruan. Oleh itu adalah mustahak bagi individu yang berkecimpung dalam bidang ini sentiasa berusaha mempertingkatkan kecekapan, kebolehan prestasi dari semasa ke semasa. Jika hal ini wujud, barulah tuntutan-tuntutan dalam perubahan kurikulum itu dapat ditangani.
Namun kini sejauh mana kita mengiktiraf dan memartabatkan perguruan sebagai satu profesion adalah bergantung kepada anggapan masyarakat, ini kerana masih ada lagi yang menganggap profesion perguruan sebagai kelas kedua.Adakah peranan guru semakin hilang taringnya kerana masyarakat telah mengalih pandangan kepada kerjaya yang diiktiraf sebagai professional oleh pihak kerajaan seperti doktor, peguam dan arkitek?
Dalam konteks ini pihak kerajaan perlu bersungguh-sungguh dalam menjadikan profesion perguruan sebagai profesion yang unggul dan disegani ramai. Menurut Dr. Muhamad Hasan Abdul Rahman iaitu Timbalan Dekan Pelajar dan Pembangunan, Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia (UPM) beliau menegaskan dalam usaha untuk memartabatkan profesion perguruan selain daripada peranan pihak Kementerian Pendidikan, Persatuan Perguruan dan masyarakat, para guru sebenarnya mempunyai tanggungjawab yang besar dalam meningkatkan aspek keprofesionalannya dengan melengkapkan diri dengan pelbagai jenis ilmu dan kemahiran yang tinggi.

Rujukan
Amir Hasan Dawi, 2002.
Penteorian sosiologi dan pendidikan. Tanjung Malim :
Quantum Books.
Ee Ah Meng, 1994.
Perkembangan dan pelaksanaan kurikulum. Kuala Lumpur : Fajar Bakti.
Awang Had Salleh, 1980.
“ Keguruan dan perguruan di Malaysia: keperihalan kini dan arah yang dituju”.
KONPEN V, Johor Bharu 6-8 Disember.
Mok Soon Sang, 1996.
Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman.
Sufean Hussin, 1993.
Pendidikan di Malaysia : sejarah, sistem dan falsafah. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka.
ETIKA
PROFESION PERGURUAN & ASPEK KEGURUAN SEBAGAI SATU PROFESION
Definisi Etika
a. Satu sistem
dasar akhlak, adat atau tingkah laku atau kesusilaan (Dewan Bahasa &
Pustaka, 1995).
b. Prinsip moral
atau set prinsip moral (Kamus Oxford, 1994).
c. Tanggungjawab
dan akibat tingkah laku seseorang atau profesion terhadap masyarakat.
d. Dari persepktif
Islam, etika merujuk kepada tingkah laku betul berasaskan Al-Quran dan
ketakwaan kepada Allah.
Oleh itu, Etika Perguruan bermaksud satu set tingkah laku
atau tanggungjawab guru terhadap masyarakat dan negara, pelajar, rakan sejawat
dan ibu bapa pelajar. Guru perlu memiliki kod etikanya sendiri demi
memartabatkan profesion perguruan. Kod etika dianggap penting kerana:
a. Kod etika
menyediakan garis panduan bagaimana bertingkah laku dalam profesion perguruan.
– Sesuai untuk dirujuk dan diamalkan oleh guru.
b. Kod Etika
Perguruan menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab guru terhadap pemegang
amanah dalam bidang pendidikan. – Guru lebih faham dan jelas tentang
tanggungjawab mereka.
c. Kandungan yang
dinyatakan dalam Kod Etika Perguruan di negara ini menunjukkan perbezaan
tertentu berbanding kod etika di negara lain.
d. Guru dapat
melihat keunikan etika yang diamalkan sama ada di negara ini ataupun di negara
lain.
e. Kod Etika dalam
bentuk dokumen, usaha untuk menyemak semula kod ini dapat dilakukan. – Kecemerlangan
sesuatu profesion boleh dilihat menerusi sejauh mana kod etikanya boleh
dipertahankan dan dikuatkuasakan.
ASPEK KEGURUAN
SEBAGAI SATU PROFESION
Konsep Profesion dan nilaitaranya
a. Sesuatu profesion yang sebenar adalah sesuatu bidang yang mempunyai
ciri-ciri seperti kepentingan kemahiran intelek, latihan iktisas yang
mencukupi, khidmat yang diperlui masyarakat, menikmati otonomi individu dan
kumpulan, mementingkan mutu perkhidmatan, mempunyai tatasusila perkhidmatan
atau kod etika dan mempunyai organisasi tersendiri untuk menguruskan soal-soal
yang berkaitan dengan pendidikan (Lieberman 1956).
b. Menurut Kamus Dewan ‘profesion’ ialah suatu bidang pekerjaan
khasnya yang memerlukan pendidikan dan kecekapan serta kemahiran yang tinggi
dan latihan yang khas.( contohnya : perundangan, perubatan, perguruan dan
lain-lain.)
c. Berdasarkan ciri-ciri profesion, Mok Soon Sang ( 1996 )
merumuskan secara ringkas konsep profesionalisme sebagai :
Suatu pekerjaan yang khusus dan dijalankan oleh orang yang mempunyai kelulusan dan latihan iktisas yang cukup bermutu, bersikap jujur, dedikasi, bertanggungjawab dan bermoral tinggi, mempunyai outonomi bertugas serta mematuhi kod etika yang ditentukan oleh organisasinya.
Suatu pekerjaan yang khusus dan dijalankan oleh orang yang mempunyai kelulusan dan latihan iktisas yang cukup bermutu, bersikap jujur, dedikasi, bertanggungjawab dan bermoral tinggi, mempunyai outonomi bertugas serta mematuhi kod etika yang ditentukan oleh organisasinya.
d. Di negara kita perguruan ini lebih mirip kepada pekerjaan
(vocation) daripada profesion ( Awang Had Salleh 1980 ).
e. Nilaitara-nilaitara sesuatu profesion merupakan peraturan
yang ditetapkan oleh organisasi supaya setiap ahli profesional akan mematuhinya,
demi mengawal kualiti dan nilaitara perkhidmatan tersebut .Nilaitara ini
menjadi garis panduan dalam usaha memastikan tingkahlaku dipatuhi oleh setiap
ahlinya.
Berikut
merupakan aspek-aspek keguruan yang boleh dianggap sebagai satu profesion:
a. Pengetahuan
atau kemahiran yang diperolehi melaluai pembelajaran teori dan latihan amali
dalam sesuatu tempoh masa yang panjang.
Sebelum seseorang itu menjadi guru, dia perlu menerima latihan dalam perguruan untuk menjadi seorang guru yang bertauliah. Umpananya, seorang guru mesti mempunyai Sijil Perguruan atau Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia sebelum dia boleh mengajar di sekolah kerajaan. Walaubagaimanapun, samada seseorang guru itu menerima latihan perguruan atau tidak, dia mesti mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang mata pelajaran yang hendak diajarnya.Guru juga mesti mengetahuai keadah atau cara penyampaian dalam pengajarannya supaya murid-murid dapat memahami apa yang disampaikan olehnya.
Di samping itu, guru haruslah mempunyai sahsiah yang baik dan dapat dihormati serta dicontohi oleh murid. Sahsiah ini termasuklah tingkah laku dan sikap yang elok, bersabar, bermurah hati dan sentiasa bersifat tenang. Kebanyakan kualiti kecerdasan dan sahsiah guru adalah hasil daripada latihan yang membolehkan seseorang guru menguruskan pengajarannya dengan berkesan. Latihan itu termasuklah kefahaman terhadap sifat kejasmanian dan sifat psiklogi kanak-kanak serta teori penyampaian pelajaran.
Selain tugas dalam bilik darjah, guru juga mempunyai peranan-peranan lain yang diharapkan oleh masyarakat. Misalnya guru diharapkan menjadi pengganti ibubapa, menjadi penasihat dan pembimbing di dalam pembentukkan sahsiah murid, menjadi kaunselor kepada murid-murid, menjadi pengamal dan penyebar nilai kebudayaan yang elok dan seterusnya menjadi contoh sahsiah yang baik kepada masyarakat.
b. Mempertingkatkan
Profesionalisme
Sebagai seorang pendidik yang bertanggungjawab, guru hari ini perlu menyedari bahawa tugas dan amanah yang diberikan itu adalah untuk mendidik generasi yang akan menerajuai negara ini. Oleh itu kemahiran dan pengetahuan mengenai method-method pendidikan harus diperkemaskan dari semasa ke semasa . Untuk mendepani cabaran dan tuntutan daripada perubahan-perubahan kurikulum berkenaan, guru hendaklah berusaha melengkapkan diri dengan strategi-strategi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik.
Sehubungan dengan kehendak tersebut guru harus mengikuti kursus-kursus pendidikan yang dianjurkan oleh pihak Kementerian Pendidikan , Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah. Contohnya para guru boleh mengikuti Kursus Dalam Perkhidmatan ataupun Kursus Peningkatan Profesionalisme Keguruan.Kursus-kursus pendidikan yang dihadiri penting bagi seseorang guru untuk mempertingkatkan keupayaan dan prestasi dalam profesion pendidikan yang kian mencabar dan kompleks ini. Memandangkan keperluan pendidikan untuk menyokong usaha-usaha kerajaan, maka profesion keguruan diharapakan dapat membuat anjakan paradigma kepada budaya yang berasaskan ilmu dan pemikiran( Rohani Abdul Hamid,1998)
Pendahuluan
Ada
beberapa istilah yang harus diterangkan dahulu maksudnya sebelum kita
melanjutkan pembicaraan kita mengenai tajuk kertas ini.
Pertama sekali adalah keguruan.
Maksudnya pekerjaan sebagai guru. Jadi
ia adalah salah satu kerjaya (profesion) sebagaimana halnya dengan
kerjaya-kerjaya yang lain dalam masyarakat seperti guaman, akauntan, perubatan,
kaunseling, kejuruteraan, perniagaan dan lain-lain sebagainya. Sebagai sebuah kerjaya keguruan, ia tertakluk
kepada pelbagai syarat yang dikenakan kepada kerjaya-kerjaya yang lain seperti
kod etika dan sebagainya.
Kod
etika adalah aturan-aturan yang disepakati bersama oleh ahli-ahli yang
mengamalkan kerjaya tertentu seperti guaman, keguruan, pengubatan dan
sebagainya.
Ketiga,
nilai-nilai yang menyertai setiap kerjaya itu seperti memberi perkhidmatan yang
sebaik-baiknya kepada pelanggan dan sebagainya.
Ini semua adalah nilai.
Keempat
pengamalan, memang semua kerjaya mementingkan amalan. Sebab setiap pemegang kerjaya itu dipanggil
pengamal(practitioner) dalam bidang tertentu seperti keguruan, pengubatan,
kejuruteraan dan lain-lain. Tetapi
sebelum sampai kepada amalan, nilai-nilai kerjaya itu harus dihayati(intemalized)
lebih dahulu, ini yang membawa kita kepada aspek terakhir pada kertas ini,
iaitu penghayatan.
Kelima
penghayatan, iaitu penghayatan nilai-nilai.
Kalau ilmu seperti matematik, perubatan dan lain-lain dipelajari, maka
nilai-nilai seperti keikhlasan, kejujuran, dedikasi dan lain-lain itu dihayati.
Kalau
mahu dipertegaskan lagi kertas ini sebenarnya diharapkan menjawab persoalan
bagaimana cara membimbing guru-guru pendidikan Islam agar menghayati
nilai-nilai yang terkandung dalam etika keguruan itu. Oleh yang demikian marilah kita membicarakan
dahulu di bawah ini apakah dia etika keguruan itu.
Etika Keguruan
Sebenarnya
kod etika pada suatu kerjaya adalah sifat-sifat atau ciri-ciri vokasional,
ilmiah dan aqidah yang harus dimiliki oleh seorang pengamal untuk berjaya dalam
kerjayanya. Lebih ketara lagi ciri-ciri
ini jelas pada kerjaya keguruan. Dari
segi pandangan Islam, maka agar seorang muslim itu berjaya menjalankan tugas
yang dipikulkan kepadanya oleh Allah S.W.T pertama sekali dalam masyarakat
Islam dan seterusnya di dalam masyarakat antarabangsa maka haruslah guru itu
memiliki sifat-sifat yang berikut:
1.
Bahawa tujuan, tingkah laku dan pemikirannya mendapat bimbingan Tuhan
(Rabbani), seperti disebutkan oleh surah Al-imran, ayat 79,
"Tetapi
jadilah kamu Rabbani (mendapat bimbingan Tuhan)".
2.
Bahawa ia mempunyai persiapan ilmiah, vokasional dan budaya menerusi ilmu-ilmu
pengkhususannya seperti geografi, ilmu-ilmu keIslaman dan kebudayaan dunia
dalam bidang pengkhususannya.
3.
Bahawa ia ikhlas dalam kerja-kerja kependidikan dan risalah Islamnya dengan
tujuan mencari keredhaan
Allah S.W.T dan
mencari kebenaran serta melaksanakannya.
4.
Memiliki kebolehan untuk mendekatkan maklumat-maklumat kepada pemikiran
murid-murid dan ia bersabar untuk menghadapi masalah yang timbul.
5.
Bahawa ia benar dalam hal yang didakwahkannya dan tanda kebenaran itu ialah
tingkah lakunya sendiri, supaya dapat mempengaruhi jiwa murid-muridnya dan
anggota-anggota masyarakat lainnya.
Seperti makna sebuah hadith Nabi S.A.W,
"Iman
itu bukanlah berharap dan berhias tetapi meyakinkan dengan hati dan membuktikan
dengan amal".
6.
Bahawa ia fleksibel dalam mempelbagaikan kaedah-kaedah pengajaran dengan
menggunakan kaedah yang sesuai bagi suasana tertentu. Ini memerlukan bahawa guru dipersiapkan dari
segi professional dan psikologikal yang baik.
7.
Bahawa ia memiliki sahsiah yang kuat dan sanggup membimbing murid-murid ke arah
yang dikehendaki.
8.
Bahawa ia sedar akan pengaruh-pengaruh dan trend-trend global yang dapat
mempengaruhi generasi dan segi aqidah dan pemikiran mereka.
9.
Bahawa ia bersifat
adil terhadap murid-muridnya, tidak pilih
kasih, ia mengutamakan yang benar.
Seperti makna firman Allah S.W.T dalam surah al Maidah ayat ke 8,
"Janganlah kamu terpengaruh oleh keadaan
suatu kaum sehinga kamu tidak adil. Berbuat adillah, sebab itulah yang lebih
dekat kepada taqwa. Bertaqwalah kepada
Allah, sebab Allah Maha Mengetahui apa yang kamu buat".
Inilah
sifat-sifat terpenting yang patut dipunyai oleh seorang guru Muslim di atas
mana proses penyediaan guru-guru itu harus dibina.
Buku-buku
pendidikan telah juga memberikan ciri-ciri umum seorang guru, ciri-ciri itu
tidak terkeluar dan sifat-sifat dan aspek-aspek berikut:
- Tahap pencapaian ilmiah
- Pengetahuan umum dan keluasan bacaan
- Kecerdasan dan kecepatan berfikir
- Keseimbangan jiwa dan kestabilan emosi
- Optimisme dan entusiasme dalam pekerjaan
- Kekuatan sahsiah
- Memelihara penampilan(mazhar)
- Positif dan semangat optimisme
- Yakin bahawa ia mempunyai risalah(message)
Dari
huraian di atas jelaslah bahawa seorang guru Muslim memiliki peranan bukan
sahaja di dalam sekolah, tetapi juga diluarnya. Oleh yang demikian menyiapkannya juga harus
untuk sekolah dan untuk luar sekolah.
Maka haruslah penyiapan ini juga dipikul bersama oleh
institusi-institusi penyiapan guru seperti fakulti-fakulti pendidikan dan
maktab-maktab perguruan bersama-sama dengan masyarakat Islam sendiri, sehingga
guru-guru yang dihasilkannya adalah guru yang soleh, membawa perbaikan
(muslih), memberi dan mendapat petunjuk untuk menyiarkan
risalah pendidikan Islam. Petunjuk (hidayah) Islam di dalam dan di luar adalah
sebab tujuan pendidikan dalam Islam untuk membentuk generasi-generasi umat
Islam yang memahami dan menyedari risalahnya dalam kehidupan dan melaksanakan
risalah ini dengan sungguh-sungguh dan amanah dan juga menyedari bahawa mereka
mempunyai kewajipan kepada Allah S.W.T dan mereka harus melaksanakan tugas itu
dengan sungguh-sungguh dan ikhlas.
Begitu juga mereka sedar bahawa mereka mempunyai tanggung jawab, maka
mereka menghadapinya dengan sabar, hati-hati dan penuh prihatin. Begitu juga
mereka sedar bahawa mereka mempunyai tanggungjawab terhadap masyarakatnya, maka
mereka melaksanakannya dengan penuh tanggungjawab, amanah, professionalisme dan
kecekalan. Dengan demikian umat Islam akan mencapai cita-citanya dalam
kehidupan dengan penuh kemuliaan, kekuatan, ketenteraman dan kebanggaan. Sebab
Allah S.W.T telah mewajibkan kepada diriNya sendiri dalam surah al-Nahl ayat ke
97,
"la
tidak akan mensia-siakan pahala orang-orang yang berbuat baik"
Setelah
berpanjang lebar tentang kod etika keguruan dalam pandangan pendidikan Islam,
marilah kita tutup bahagian ini dengan suatu misal atau model yang menjamin
bahawa bila dilaksanakan dengan sungguh-sungguh dan penuh ketekunan maka
masyarakat akan hidup bahagia dan individu-individu dan kumpulan-kumpulan akan
hidup dengan tenteram. Model ini tergambar
dalam firman Allah S.W.T yang bermaksud,
"Katakanlah(wahai
Muhammad) marilah aku bacakan apa yang dihararamkan kepadamu oleh Tuhanmu.
Hendaklah berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Janganlah kamu membunuh
anak-anakmu kerana takut kemiskinan, sebab Kamilah yang memberi mereka dan kamu
rezeki. Jangan kamu mendekati perkara-perkara buruk yang terang-terangan dan
yang tersembunyi. Jangan kamu membunuh diri yang dihararamkan kamu membunuhnya
kecuali dengan kebenaran, itulah wasiat Allah kepadamu, mudah-mudahan kamu
berakal. Jangan kamu mendekati harta anak yatim kecuali untuk yang lebih baik
sehinggalah ia dewasa. Sempumakanlah ukuran dan timbangan dengan adil. Allah
tidak memberi beban seseorang kecuali yang disanggupinya. Jika kamu berkata,
maka berbuat adillah walaupun kepada sanak saudara. Sempurnakanlah janjimu
kepada Allah. Itulah pesanNya bagimu, mudah-mudahan kamu ingat. Sungguh inilah
jalanKu yang lurus, maka ikutilah olehmu, jangan kamu ikut jalan-jalan lain
nescaya kamu bercerai-berai dari jalanNya. Itulah pesanNya bagimu,
mudah-mudahan kamu bertaqwa ”
Ayat-ayat
ini mengandungi sepuluh perakuan(wasaya) penting dalam kehidupan individu dan
kumpulan-kumpulan Islam dan kemanusiaan.
Ia merupakan perlembagaan Ilahi dalam pendidikan dan bimbingan akhlak
dan sosial yang intinya adalah sebagai berikut;
- Jangan mensyarikatkan Allah S.W.T.
- Berbuat baik kepada ibu bapa.
- Jangan membunuh anak kerana takut miskin.
- Jangan mendekati perkara-perkara buruk.
- Jangan membunuh manusia.
- Jangan mendekati harta anak-anak yatim.
- Sempurnakanlah timbangan dan ukuran dengan adil.
- Tidak boleh dibebani seseorang lebih dari kemampuannya.
- Berbuat adillah dalam berkata-kata walaupun pada kaum kerabat.
- Sempumakanlah janjimu dengan Allah S.W.T.
Selepas
huraian tentang kod etika dalam keguruan, marilah kita bahas tentang
penghayatan dan pengamalan nilai.
Penghayatan dan Pengamalan Nilai-Nilai
Penghayatan
Masalah
penghayatan (internalization) sesuatu perkara berlaku bukan hanya pada
pendidikan agama saja tetapi pada aspek pendidikan, pendidikan pra-sekolah,
pendidikan sekolah, pengajian tinggi, pendidikan latihan perguruan dan
lain-lain. Sebab adalah terlalu dangkal kalau pendidikan itu hanya ditujukan
untuk memperoleh ilmu (knowledge) dan ketrampilan (skill) saja tetapi yang
lebih penting dari itu semua adalah penanaman sikap (attitude) yang positif
pada diri pendidik terhadap hal yang menjadi tumpuan pendidikan. Pendidikan ilmu (knowledge) terutama yang
berkenaan dengan fakta-fakta dan ketrampilan tidaklah terlalu rumit sebab tidak
terlalu banyak melibatkan nilai-nilai.
Tetapi sebaliknya pendidikan sikap di mana terlibat nilai-nilai yang
biasanya berasal dari cara-cara pemasyarakatan yang diperoleh oleh kanak-kanak
semasa kecil, apa lagi kalau objek pendidikan itu memang adalah nilai-nilai
yang tidak dapat dinilai dengan betul atau salah tetapi dengan baik atau buruk,
percaya atau tidak percaya, suka atau tidak suka dan lain-lain lagi. Dalam
keadaan terakhir ini pendidikan tidak semudah dengan pendidikan fakta atau ketrampilan.
Pendidikan
nilai-nilai, yang selanjutnya kalau diulang-ulang sebab diteguhkan akan berubah
menjadi penghayatan nilai-nilai, mempunyai syarat-syarat yang berlainan dengan
pendidikan fakta-fakta ketrampilan.
- Pertama sekali nilai itu mestilah mempunyai model. Yang bererti tempat di mana nilai itu melekat supaya dapat disaksikan bagaimana nilai-nilai itu beroperasi. Ambillah suatu nilai seperti kejujuran. Nilai ini bersifat mujarrad(abstract), jadi tidak dapat diraba dengan pancaindera. Tidak dapat dilihat dengan mata, rupanya bagaimana. Tidak dapat dicium baunya, harum atau busuk dan sebagainya. Pendeknya, supaya nilai yang bernama kejujuran itu dapat disaksikan beroperasi maka ia harus melekat pada suatu model, seorang guru, seorang bapa, seorang kawan dan lain-lain. Kalau model tadi dapat mencerminkan nilai-nilai yang disebut, kejujuran itu pada dirinya, maka kejujuran itu boleh menjadi perangsang. Itu syarat pertama. Syarat yang kedua kalau kejujuran itu dapat menimbulkan peneguhan pada diri murid-murid maka ia akan dipelajari, ertinya diulang-ulang dan kemudian berubah menjadi penghayatan. Syarat kedua agak rumit sedikit, sebab selain daripada nilai kejujuran itu sendiri, juga model tempat kejujuran itu melekat diperlukan berfungsi bersama untuk menimbulkan peneguhan itu. Dengan kata-kata yang lebih sederhana, seorang guru atau ibu yang mengajarkan kejujuran kepada murid atau anaknya, haruslah ia sendiri lebih dahulu bersifat jujur, kalau tidak maka terjadi pertikaian antara perkataan dan perbuatan. Dalam keadaan terakhir ini, guru sebagai perangsang(stumulus) telah gagal sebagai model, sebab ia tidak akan memancing tingkahlaku kejujuran dan murid-muridnya.
- Oleh sebab model tempat melekatnya nilai-nilai yang ingin diajarkan kepada murid-murid adalah manusia biasa, dengan pengertian dia mempunyai kekurangan-kekurangan, maka nilai-nilai yang akan diajarkan itu boleh menurun nilainya disebabkan oleh kekurangan-kekurangan yang ada pada model itu, malah ada kemungkinan anak didik mempelajari nilai sebaliknya. Jadi daripada jujur dia menjadi tidak jujur, jika pada model itu timbul sifat-sifat atau tingkah laku yang tidak meneguhkan kejujuran itu. Sebagai misal, ada murid-murid yang benci kepada matematik sebab ia tidak suka kepada guru yang mengajarkan matematik, kalau sikap ini dikembangkan, murid-murid boleh benci kepada semua yang berkaitan dengan matematik, seperti pelajaran sains misalnya. Oleh sebab itu dikehendaki dari guru-guru, terutama pada tingkat-tingkat sekolah dasar agar mereka melambangkan ciri kesempumaan dari segi jasmaniah dan rohaniah. Dengan kata lain syarat penghayatan nilai-nilai sangat bergantung pada peribadi model yang membawa nilai-nilai itu.
- Semua guru, terlepas daripada mata pelajaran yang diajarkannya, adalah pengajar nilai-nilai tertentu. Sebab guru-guru sama ada sedar atau tidak, mempengaruhi murid-muridnya melalui kaedah-kaedah dan strategi-strategi pengajaran yang digunakan yang sebahagian besarnya termasuk dalam kawasan "kurikulum informal”. Sebagaimana setiap guru, apapun yang diajarkannya, adalah seorang guru bahasa maka setiap guru juga adalah seorang pengajar nilai-nilai. Bila seorang guru memuji seorang murid, maka ia meneguhkan sesuatu tingkahlaku. Bila guru menghukum seorang murid, maka ia menghukum tingkahlaku tertentu. Malah bila guru tidak mengacuhkan seorang murid, maka murid tersebut mungkin merasa bahawa guru tidak menyukai perbuatannya. Ini semua adalah nilai-nilai. Begitu juga dengan pendidikan agama, sebahagian, kalau tidak sebahagian besar, nilai-nilai agama itu sendiri tidak diajarkan oleh guru-guru agama di sekolah, tetapi oleh guru-guru matematik, geografi, sejarah dan lain-lain. Kalau mereka mencerminkan nilai-nilai Islam dalam cara berpakaian, bersopan-santun, beribadat atau dengan kata lain kalau amal mereka mencerminkan nilai-nilai Islam. Malah sebaliknya, mungkin ada setengah-setengah guru-guru agama sendiri tidak menjadi perangsang nilai-nilai Islam itu, kalau tidak menjadi perangsang negatif yang boleh menimbulkan sifat anti-agama pada diri murid-murid, iaitu jika perangai mereka sehari-hari bertentangan dengan nilai-nilai Islam, walaupun mereka sendiri mengajarkan agama. Jadi jangankan menghayati agama, sebaliknya murid-murid semakin menjauhi kalau tidak membenci segala yang berbau agama.
Inilah
sebahagian syarat-syarat yang perlu wujud untuk penghayatan nilai-nilai. Oleh sebab pendidikan agama merupakan
pendidikan ke arah nilai-nilai agama, maka orientasi pendidikan agama haruslah
ditinjau kembali sesuai dengan tujuan tersebut.
Pendidikan agama sekadar untuk lulus ujian mata pelajaran agama sudah
lewat masanya. Orientasi sekarang adalah
ke arah kemasyarakatan yang bermotivasi dan berdisiplin. Ini tidaklah
mengesampingkan bahawa dalam pelajaran agama itu sendiri ada perkara-perkara
yang bersifat fakta-fakta dan ketrampilan-ketrampilan. Maka pada yang terakhir
ini juga berlaku kaedah pengajaran fakta-fakta dan ketrampilan. Tetapi memperlakukan semua pendidikan agama sebagai
pengajaran fakta-fakta dan ketrampilan-ketrampilan saja adalah suatu kesalahan
besar yang perlu diperbaiki dengan segera.
Sebab kalau tidak maka suatu masa nanti akan timbul dalam masyarakat
Islam sendiri ahli-ahli agama yang tidak menghayati ajaran agama atau
orang-orang orientalis yang berdiam di negeri-negeri Timur.
Pengamalan
Pengamalan
nilai-nilai adalah kelanjutan daripada penghayatan nilai. Nilai-nilai yang
sungguh-sungguh dihayati akan tercermin dalam amalan sehari-sehari. Sebab penghayatan itu pun
berperingkat-peringkat, mulai dari peringkat yang paling rendah sampai kepada
peringkat tinggi, seperti tergambar pada gambarajah di bawah,
Kelima:
Peringkat Perwatakan
Keempat
: Peringkat Organisasi
Ketiga
: Peringkat Penilaian
Kedua
: Peringkat Gerak balas
Pertama
: Peringkat Penerimaan
Bila
nilai-nilai itu dihayati sampai ke peringkat perwatakan maka ia sebati dengan
sahsiah dan sukar untuk diubah dan sentiasa terpancar dalam amalan sehari-hari.
Kesimpulan
Oleh
sebab kod etika itu adalah nilai-nilai maka ia perlu dihayati dan diamalkan,
bukan sekadar diketahui dan dihafalkan.
Di situ juga telah dinyatakan perakuan yang sepuluh (al-Wisaya
al-'Asyarah) tentang segala kerjaya seorang muslim yang tercantum dalam
al-Quran (al-An'am: 151-153).
KOD ETIKA DAN AKAUNTABILITI KEGURUAN
1)
Konsep Etika:
Ø
sistem tingkah laku kumpulan manusia
/ organisasi.
Ø
nilai moral yang baik / buruk
Ø
masyarakat menganalisis, menilai,
sama ada mengikut peraturan yang telah ditetapkan.
Ø
guru perlu menjaga kod etika demi
status, akhlak dan maruah.
2) Kod Etika
Keguruan;
Tanggungjawab terhadap pelajar
Ø
mengutamakan kebajikan dan dan
keselamatan pelajar
Ø
bersikap adil terhadap pelajar
Ø
merahsiakan maklumat ikhtisas
Ø
membimbing /mengajar pelajar tanpa
sebarang bayaran
Ø
menunjukkan cara berpakaian,
pertuturan dan tingkah laku
Ø
memelihara dan membaiki kecekapan
ikhtisas
Tanggungjawab terhadap ibu bapa
Ø
Menghormati tanggungjawab ibu bapa
terhadap anak-anak mereka.
Ø
Mewujudkan hubungan yang mesra dan
kerjasama.
Ø
Mengganggap semua maklumat yang
diberi ibu bapa sulit.
Ø
Memberi maklumat kepada ibu bapa
demi kepentingan anak-anak mereka.
Ø
Mengelakkan daripada
menggunakan/dipengaruhi oleh kedudukan sosial/ekonomi ibu bapa.
Tanggungjawab terhadap masyarakat
dan negara
Ø
Tidak menyebarkan ajaran yang boleh
merosakkan pelajar, masyarakat atau negara
Ø
Memupuk sikap dan nilai supaya
menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab,.....
Ø
Menghormati masyarakat tempat
berkhidmat.
Ø
Menggalakkan kerjasama dan
persefahaman antara guru dengan ibu bapa, institusi pendidikan dengan
masyarakat.
Ø
Berpegang pada tingkah laku yang
sopan dan diterima masyarakat.
Tanggungjawab terhadap
rakan sejawat dan profesion
Ø
Mengelakkan diri daripada membuat
kenyataan yang boleh mencemarkan nama baik rakan sejawat dihadapan
pelajar atau ibu bapa.
Ø
Tidak melibatkan diri dalam kegiatan
yang boleh menjejaskan kecekapan sebagai guru.
Ø
Berusaha menunaikan tanggungjawab.
Ø
Sentiasa membantu rakan yang baru
dalam profesion perguruan.
Ø
Sentiasa mengawasi diri supaya tidak
mencemarkan nama baik profesion perguruan.
Ø
Menjadi ahli sesebuah pertubuhan
guru.
3) Akauntabiliti
Guru;
Konsep
Ø
Tanggungjawab kepada
seseorang/sesuatu
Ø
Tanggungjawab kepada profesion
perguruan
Ø
Leslie Kaplan & William Owings
(2001), akauntabiliti guru sebagai;
● kualiti guru
● kualiti pengajaran.
Akauntabiliti terhadap diri /
perlakuan
Ø
Berilmu pengetahuan dan berkemahiran
menyampaikan maklumat.
Ø
Kemahiran interpersonal.
Ø
Membentuk soalan penilaian.
Ø
Pengurusan bilik darjah
Ø
Memotivasikan pelajar
Ø
Pengurusan disiplin
Akauntabiliti terhadap murid-murid
dan ibu bapa
Ø
Menjalankan tugas dengan penuh
dedikasi.
Ø
Mengutamakan kebajikan dan
keselamatan murid-murid.
Ø
Bersikap adil dengan setiap murid.
Ø
Membimbing murid-murid tanpa
mengenakan sebarang bayaran.
Ø
Memberi contoh yang terbaik kepada
murid-murid.
Ø
Akauntabiliti terhadap profesion
Ø
Melaksanakan aktiviti kurikulum dan
kokurikulum.
Ø
Menjadi suri teladan yang baik
kepada murid-murid.
Ø
Membantu rakan sejawat
Ø
Tidak melibatkan diri dalam aktiviti
yang mencemarkan profesion perguruan.
Akauntabiliti terhadap bangsa
dan negara
Ø
Menjalankan tugas menyebarkan cita
dan matlamat FPN dan RN.
Ø
Memupuk nilai murni yang sesuai
dengan masyarakat berbilang kaum.
Ø
Memenuhi tanggungjawab sebagai
rakyat Malaysia.
Ø
Mengeratkan persefahaman dengan
ikhlas dalam kalangan ibu bapa.
Ø
Memberi sumbangan sukarela kepada
negara.
4) Integriti Guru;
Ø
Integriti bermaksud wholeness atau
completeness- kesempurnaan
Ø
Nillsen 2004, bermaksud keikhlasan
dan kejujuran
Ø
Institut Integriti Malaysia- kualiti
yg wujud secara keseluruhan dan padu kepada individu dan organisasi
Ø
Berlandaskan etika dan pencerminan
etika dalam tindakan sehari-hari
Ø
Integriti guru bermaksud guru perlu
melaksanakan amanah dan kuasa yang dipertanggungjawabkan menurut kepentingan
umum.
Ø
Guru harus mengamalkan Kod Etika
Profesion dan Piagam Pelanggan demi mewujudkan budaya kerja organisasi yang
bersistem.
Ø
Guru yang berintegriti akan
melaksanakan tugasnya dengan amanah dan mempunyai keprihatinan serta penuh
kasih sayang kepada pelajar
Ø
Guru yang melaksanakan tugas dengan
ikhlas mampu merancang p&p yang terbaik
5) Refleksi
Kendiri;
Ø
Berdasarkan pengalaman anda di
sekolah, imbas kembali salah seorang guru yang anda sanjung sebagai guru yang
berintegriti.
Ø
Senaraikan ciri-ciri guru pilihan
anda yang dapat menyokong pandangan anda bahawa guru berkenaan berintegriti.
NOTA
EDU3108
BAB 1 KONSEP MENGAJAR SEBAGAI SATU
PROFESION
1) Pengenalan;
- Kamus Dewan (2005) – suatu bidang pekerjaan yang memerlukan pendidikan, kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan latihan yang khas.
- Profesion juga merujuk kepada suatu pekerjaan yang melaksanakan fungsi sosial yang penting.
2) Ciri-ciri Profesion;
- Merupakan perkhidmatan yang unik dan penting dengan matlamat yang jelas untuk masyarakat dan negara.
- Pekerja menggunakan banyak keupayaan dan kebolehan intelek semasa memberi perkhidmatan.
- Pekerja mendapat latihan khusus dalam sesuatu bidang kemahiran ikhtisas mengikut satu tempoh masa tertentu.
- Pakar dalam bidang pekerjaan .
- Mempunyai kuasa autonomi semasa menjalankan tugas.
- Mementingkan mutu perkhidmatan.
- Berdedikasi dan tidak mementingkan ganjaran dalam menjalankan tugas.
- Pekerja terdiri daripada ahli satu organisasi yang berkuasa menentukan kemasukan, mengawal mutu dan penyingkiran ahli.
- Mematuhi kod etika profesion
3) Konsep Profesional;
- Ciri-ciri atau atribut yang terdapat dalam kalangan ahli dalam suatu profesion.
- Ornstein & Levine (1993) -4 atribut dalam suatu profesion:
a) penguasaan ilmu yang mendalam
b) kecekapan dan kepakaran dalam bidang
c) kod etika
d) kebenaran/persetujuan diberi kepada suatu profesion oleh masyarakat untuk beroperasi.
4) Konsep Profesion Perguruan dan Keguruan;
- Perguruan – diertikan sebagai pengajaran (Kamus Dewan,1989)
- Keguruan – diertikan sebagai perkara yang berkaitan dengan guru seperti peranan, tugas dan kelayakan sebagai guru (Kamus Dewan,1989).
5) GURU PROFESIONAL VS. NON PROFESIONAL
Guru Profesional;
- Mempunyai latihan ikhtisas dalam Latihan Perguruan.
- Mempunyai autonomi menentukan kaedah mengajar dalam bilik darjah.
- Menjadi ahli kesatuan yg menentukan kod etika sebagai panduan dalam segala aktiviti profesional.
- Guru adalah pakar dalam pendidikan.
- Pekerjaan guru adalah perkhidmatan yang penting kepada indidvidu dan negara.
Guru Non Profesional;
- Tidak terhad kepada guru terlatih sahaja. Cth: guru sandaran, guru sementara
- Kemasukan ahli ke dalam profesion keguruan tidak sukar dan tidak banyak persaingan.
- Autonomi guru adalah terhad.
- Kesatuan guru tidak mempunyai kuasa untuk memecat guru sekiranya guru tersebut tidak mematuhi kod etika.
- Bukan semua guru diwajibkan menjadi ahli kesatuan
6) Ciri-ciri guru profesional (Abdul Shukor Abdullah,1998);
- Bersikap profesional
- Mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori
- Berilmu
- Patuh dengan Kod Etika.
- Bermoral
- Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti pengajaran
- Prihatin terhadap murid dan ibubapa
- Berkebolehan menilai kekuatan dan kelemahan murid.
- Mempunyai kemahiran yang sejajar dengan tuntutan semasa.
- Memastikan suasana ‘guru mengajar murid belajar’ dalam bilik darjah.
- Melahirkan ‘persekolahan berwatak’ supaya murid mempunyai kekuatan ilmu, berpersonaliti sihat dan serba boleh.
- Taat dan setia terhadap perkhidmatannya.
- Mempertahankan martabat profesionnya.
- Menunjukkan kesetiaan terhadap kerajaan, bebas pendirian & tidak berbelah bahagi.
7) 10 Tret Guru yang Berkesan (McEwan,2002);
- Dorongan oleh misi dan passionate
- Positif dan benar
- Guru sebagai pemimpin
- With-it-ness
- Gaya
- Kepakaran dalam motivasi
- Keberkesanan pengajaran
- Pembelajaran kandungan
- Pintar
- Celik minda
8) Model Guru Profesional -Mohamad Sani,1998) ;
Sahsiah
• Bertaqwa
• Berakhlak
• Berperibadi mulia
• Komitmen
• Bersopan
• Positif
• Berkepimpinan
• Budaya ilmu
Ketrampilan
• Merancang & mengurus p & p
• Memilih strategi
• Kemahiran teknologi
• Kemahiran generik
• Kemahiran kaunseling
• Menilai p & p
Ilmu
• Isi kandungan
• Pedagogi
• Bahan
• Kaedah
• Teknologi
9) Seorang guru diberi autoriti dalam aspek-aspek berikut:
- Kaedah mengajar
- Kawalan sosial di sekolah
- Kawalan disiplin murid
- Hal-hal tingkah laku dan perkembangan murid
- GERKO
- Pembimbing kepada murid
-
10) Refleksi
- Anda telah mengetahui bahawa terdapat beberapa ciri non profesional dalam profesion keguruan. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk meningkatkan profesional keguruan?
- Gunakan alat pemikiran SWOT (Strength, weakness, opportunity, threat) bagi membantu guru melaksanakan pengajaran yang berkesan dan juga menyeronokkan.
BAB 2 KOD ETIKA DAN AKAUNTABILITI KEGURUAN
1.Konsep Etika
- sistem tingkah laku kumpulan manusia / organisasi.
- nilai moral yang baik / buruk
- masyarakat menganalisis, menilai, sama ada mengikut peraturan yang telah ditetapkan.
- guru perlu menjaga kod etika demi status, akhlak dan maruah.
2) Kod Etika Keguruan
Tanggungjawab terhadap pelajar
- mengutamakan kebajikan dan dan keselamatan pelajar
- bersikap adil terhadap pelajar
- merahsiakan maklumat ikhtisas
- membimbing /mengajar pelajar tanpa sebarang bayaran
- menunjukkan cara berpakaian, pertuturan dan tingkah laku
- memelihara dan membaiki kecekapan ikhtisas
Tanggungjawab terhadap ibu bapa
- Menghormati tanggungjawab ibu bapa terhadap anak-anak mereka.
- Mewujudkan hubungan yang mesra dan kerjasama.
- Mengganggap semua maklumat yang diberi ibu bapa sulit.
- Memberi maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka.
- Mengelakkan daripada menggunakan/dipengaruhi oleh kedudukan sosial/ekonomi ibu bapa.
Tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara
- Tidak menyebarkan ajaran yang boleh merosakkan pelajar, masyarakat atau negara
- Memupuk sikap dan nilai supaya menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab
- Menghormati masyarakat tempat berkhidmat
- Menggalakkan kerjasama dan persefahaman antara guru dengan ibu bapa, institusi pendidikan dengan masyarakat.
- Berpegang pada tingkah laku yang sopan dan diterima masyarakat.
Tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion
- Mengelakkan diri daripada membuat kenyataan yang boleh mencemarkan nama baik rakan sejawat dihadapan pelajar atau ibu bapa.
- Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan sebagai guru.
- Berusaha menunaikan tanggungjawab.
- Sentiasa membantu rakan yang baru dalam profesion perguruan.
- Sentiasa mengawasi diri supaya tidak mencemarkan nama baik profesion perguruan.
- Menjadi ahli sesebuah pertubuhan guru.
3) Akauntabiliti Guru;
Konsep
- Tanggungjawab kepada seseorang/sesuatu
- Tanggungjawab kepada profesion perguruan
- Leslie Kaplan & William Owings (2001), akauntabiliti guru sebagai;
● kualiti guru
● kualiti pengajaran.
Akauntabiliti terhadap diri / perlakuan
- Berilmu pengetahuan dan berkemahiran menyampaikan maklumat.
- Kemahiran interpersonal.
- Membentuk soalan penilaian.
- Pengurusan bilik darjah
- Memotivasikan pelajar
- Pengurusan disiplin
Akauntabiliti terhadap murid-murid dan ibu bapa
- Menjalankan tugas dengan penuh dedikasi.
- Mengutamakan kebajikan dan keselamatan murid-murid.
- Bersikap adil dengan setiap murid.
- Membimbing murid-murid tanpa mengenakan sebarang bayaran.
- Memberi contoh yang terbaik kepada murid-murid.
Akauntabiliti terhadap profesion
- Melaksanakan aktiviti kurikulum dan kokurikulum.
- Menjadi suri teladan yang baik kepada murid-murid.
- Membantu rakan sejawat
- Tidak melibatkan diri dalam aktiviti yang mencemarkan profesion perguruan.
Akauntabiliti terhadap bangsa dan negara
- Menjalankan tugas menyebarkan cita dan matlamat FPN dan RN.
- Memupuk nilai murni yang sesuai dengan masyarakat berbilang kaum.
- Memenuhi tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia.
- Mengeratkan persefahaman dengan ikhlas dalam kalangan ibu bapa
- Memberi sumbangan sukarela kepada negara.
4) Integriti Guru
- Integriti bermaksud wholeness atau completeness- kesempurnaan
- Nillsen 2004, bermaksud keikhlasan dan kejujuran
- Institut Integriti Malaysia- kualiti yg wujud secara keseluruhan dan padu kepada individu dan organisasi
- Berlandaskan etika dan pencerminan etika dalam tindakan sehari-hari
- Integriti guru bermaksud guru perlu melaksanakan amanah dan kuasa yang dipertanggungjawabkan menurut kepentingan umum.
- Guru harus mengamalkan Kod Etika Profesion dan Piagam Pelanggan demi mewujudkan budaya kerja organisasi yang bersistem.
- Guru yang berintegriti akan melaksanakan tugasnya dengan amanah dan mempunyai keprihatinan serta penuh kasih sayang kepada pelajar
- Guru yang melaksanakan tugas dengan ikhlas mampu merancang p&p yang terbaik
5) Refleksi Kendiri
- Berdasarkan pengalaman anda di sekolah, imbas kembali salah seorang guru yang anda sanjung sebagai guru yang berintegriti.
- Senaraikan ciri-ciri guru pilihan anda yang dapat menyokong pandangan anda bahawa guru berkenaan berintegriti.
BAB 3 ISU ETIKA GURU
Maksud etika :
-cara atau hukum yang tidak bertulis berkenaan adab tertib dalam pergaulan
Maksud Etika Guru :
- Suatu sistem yang diatur sebagaipanduan untuk diikuti oleh guru supaya guru saling menghormati, mempunyai kesantunan, kepedulian terhadap profesionnya serta boleh menguruskan kehidupan dengan baik
Etika perlu dalam profesion perguruan :
- Supaya segala tindakan guru dilihat telah menjaga kepentingan masyarakat yang berhubung dengan mereka
- Supaya tingkah laku guru sesuai dengan adat kebiasaan yang berlaku dan tidak bertentangan dengan hak asasi umum.
- Guru dikawal oleh etika perguruan.
Fokus Etika Guru :
- Kesantunan guru
- Kepedulian guru
- Penampilan guru
- Berniaga di sekolah
- Pengurusan masa
- Kerjaya sambilan
- Kerjaya sambilan
- Pengurusan kewangan
1.0 ISU KESANTUNAN GURU
- Kesantunan merujuk kepada tatacara, adat atau kebiasaan yang berlaku dalam masyarakat.
- Fokus kesantunan guru ialah :
a) Perlakuan dalam percakapan
- Kawalan suara
- Memonopoli sidang perbualan
- Cakap banyak
- Puji diri secara langsung dan tidak
b) Tatacara berkomunikasi
- Ikut norma budaya setempat, bukan tatacara kita sahaja.
2.0 ISU KEPEDULIAN GURU
- Definisi ; perwakilan komposit perasaan, pemikiran, dan perhatian yang diberikan kepada sesuatu isu/tugas
- Perasaan, pemikiran dan perhatian yang diberikan guru terhadap isu atau tugasnya.
- Gabungan perasaan, pemikiran dan perhatian yang diberi oleh guru terhadap isu yang dihadapi semasa melaksanakan tugasnya.
- Kepedulian merupakan kuasa yang akan menggerakkan suatu proses perubahan (Havelock 1995)
- Guru perlu :
a) Sedar atas perubahan
b) Minat pada perubahan
c) Mengenali pembawa perubahan
d) Mengurus perubahan
e) Menilai kesan perubahan
f) Bekerjasama dengan rakan
g) Membuat penambahbaikan
- Kepedulian dari segi penyempurnaan diri
: urus hal kehidupan seharian
: jangan sampai masalah kehidupan mengganggu tugas
- Kepedulian terhadp tugas pengajaran
: ambil peduli tentang bahan, kaedah dan beban PNP
: bimbang terhadap perasaan murid terhadap guru
- Kepedulian terhadap impak pengajaran
: yakin terhadap kebolehan pelajar
: guru lebih fokus kepada keperluan pelajar dan penambahbaikan
Cadangan :
- Membuat refleksi terhadap kepedulian harian dan sedia menerima maklum balas daripada guru lain, mentor atau penyelia tentang masalah dihadapi.
BAB 4 PERINGKAT PERKEMBANGAN GURU
Teori Keprihatinan (Fuller 1969)
- Peringkat Keprihatinan Diri
- Peringkat Keprihatinan Terhadap Tugas
- Peringkat Impak
Prihatin Diri :
- Apakah pelajar suka saya?
- Bolehkah saya mengajar apabila diselia?
- Apakah yang dikatakan oleh guru lain tentang saya.
- Apakah BBM saya sesuai dengan murid?
Peringkat Impak :
- Bagaimana cara saya memotivasikan murid saya?
- Apakah cara saya mewujudkan rasa kejayaan dalam kalangan pelajar saya?
- Adakah pelajar saya mempunyai disiplin yang tinggi?
Teori 5 Peringkat Perkembangan Guru
- Peringkat novis
- Peringkat novis lanjutan
- Peringkat cekap
- Peringkat mahir
- Peringkat pakar
Cabaran Guru Permulaan
- Dikatakan pasif, tak kreatif dan imaginative
- Belum mencapai tahap yang dikehendaki pihak sekolah
- Masalah penyesuaian diri dengan reality sekolah dan bilik darjah.
- Mula mengaplikasikan kaedah mengajar
- Memahami fakta, konsep dan perkara asas pengajaran
- Membentuk kerangka kognitif tugas-tugas guru
- Kurang berupaya menangani tugas harian guru
Guru Cekap :
- Ada kecekapan pada tahap minimum
- Guru mula kenali lebih banyak prinsip, konsep dan elemen dengan merujuk situasi khusus.
- Guru memiliki kemampuan menyelesaikan masalah PNP.
Guru Mahir
- Terbaik dalam bidang
- Menjadi teladan profesionalisme
- Terlibat sepenuhnya dalam kokurikulum
Guru Pakar
- Menyerlahkan diri secara profesionalisme
- Idea dan kemahirannya boleh mempengaruhi polisi pengendalian bilik darjah.
- Dianggap sebagai bidang yang berautoriti bercakap dalam bidang profesionalnya.
Konsep Sekolah dan Guru Berkesan
Konsep sekolah berkesan diperkenalkan dengan matlamat membawa sistem pendidikan kearah kecemerlangan seiring dengan slogan membawa sistem pendidikan ke taraf dunia.
Guru Cekap
Menjadi guru cekap :
- Kecekapan profesionalisme
- Kecekapan melaksanakan visi dan prinsip
- Keutuhan peribadi
- Kecekapan menggunakan teknologi maklumat
Ciri-ciri guru cekap :
1) Ciri peribadi – bermatlamat, fikiran positif, yakin dan sabar
2) Ciri mengajar – gaya tersendiri, kepakaran, bermotivasi
3) Ciri intelektual – suka membaca, mempunyai mental-life yang segar, mempunyai kesungguhan kendiri dan minda sihat dan terbuka.
Prinsip Guru Cekap :
- Do It Right First Time : setiap kerja mesti cekap dan kurang silap
- Guru mengajar murid belajar : mengajar, membuat persediaan dan beri murid semangat belajar bersungguh-sungguh
- Berkongsi visi yang sama
- Bakti disemai bukti dituai
- Penambahbaikan berterusan
- Mencegah masalah lebih utama dari menyelesaikan masalah : guru perlu proaktif
Ciri guru berkesan :
- Profesional
- Mempamer kekuatan teori
- Kaya ilmu
- Bertindak atas landasan etika kerja
- Morality yang teguh

- Prihatin dengan kehendak murid dan ibu bapa
- Menilai kekuatan dan kelemahan murid sekolah
- Melengkapkan diri dengan kemahiran sejajar dengan tuntutan semasa
- Menampilkan watak terpuji, berimej, peribadi mulia, berwawasan
- Taat setia terhadap perkhidmatannya, memartabatkan profesionnya
- Menunjukkan kesetiaan kepada kerajaan, bebas berpendirian
- Professional dengan PNP di sekolah
- Berupaya melahirkan ‘persekolahan berwatak’ supaya pelajar mempunyai ilmu, berpesonaliti sihat dan serba boleh.
Guru Mahir
- Orang yang memiliki kemampuan dan keahlian khusus dalam bidang keguruan sehingga ia mampu melakukan tugas dan fungsi sebagai guru dengan kemampuan maksima
- Orang yang terdidik dan terlatih dengan baik.
Guru Berintelek
- Guru perlulah menanamkan sifat ingin tahu, yang akan mendorong diri mempelajari dan menyesuaikan diri dalam dunia pendidikan yang sering berubah-ubah (up to date)
Guru mahir perlulah :
- Mahir berkomunikasi. Guru yang mahir berkomunikasi dengananak muridnya akan mghasilkan suasana pembelajaran yang lebih dinamik
- Dapat memberikan motivasi yang berkesan
- Murid menerima motivasi secara berhemah dan berhikmah.
- Meningkatkan kebolehan penggunaan ICT, mengekalkan guru berkualiti dengan cara sentiasa aplikasi ICT dalam PNP dan tahu kemahiran aplikasi computer.
Kesimpulan :
Kemahiran guru yang perlu ada :
- Kemahiran penyampaian
- Kemahiran penilaian
- Kemahiran merangsang
- Kemahiran pengurusan bilik darjah
Guru Pakar
Definisi Guru Pakar :
- Guru pakar ialah guru yang mempunyai kemahiran, pengetahuan, dan kepakaran tinggi dalam mata pelajaran khususnya dalam PNP.
Sahsiah guru pakar :
- Sahsiah terpuji
- Berketrampilan
- Berpegang eguh kepada etika perguruan dan etika perkhidmatan awam
- Peka dan prihatin kepada keperluan pelajar
- ‘role model’ kepada warga pendidikan
Pengetahuan guru pakar :
- Menguasai dan menghayati kandungan mata pelajaran
- Menjadi pakar rujuk PNP
- Bijak mengurus masa, bahan dan sumber
- Mampu mengenalpasti keperluan dan masalah pelajar
Hasil kerja :
- Meningkatkan hasil pembelajaran (learning outcome)
- Memiliki kemahiran komunikasi tinggi dan berupaya menyampaikan idea dan mesej yang berkesan.
Potensi :
- Berwawasan, proaktif, responsive, inovatif dalam rangka menjalankan tugas sebagai pendidik.
Sumbangan kepada kemajuan pendidikan negara
- Berupaya menjana idea baru dalam mata pelajaran atau bidang pengkhususan dan berkongsi idea tersebut bagi meningkatkan mutu pendidikan Negara.
Guru Permulaan
1) Guru yang baru memulakan perkhidmatan selepas tamat kursus perguruan di IPG atau university
2) Sosialisasi didefinisikan sebagai proses saling mempengaruhi antara individu dalam konteks sosial sekolah selepas penempatan baru.
3) Guru baru sering berhadapan dengan masalah sosialisasi.
Fokus isu :
- Guru baru sering menghadapi masalah :
: guru besar dan guru
: mempelajari peranan sebagai guru di luar bidang tugas mengajar
: masalah pembelajaran dan disiplin murid
Ciri-ciri kelemahan sosialisasi guru permulaan :
- Kurang mahir urus Koku
- Kurang mahir urus aktiviti sukan
- Tidak memahami peraturan dan disiplin sekolah
- Kurang yakin kawal disiplin bilik darjah
- Kurang teori dan amalan latihan
- Tidak cukup kemahiran guna pusat sumber
- Kurang kemahiran sosial
BAB 5 PERANAN GURU SEKOLAH RENDAH
1) Peranan Guru
• Pengamal Ilmu dan Kemahiran
• Pembimbing
• Pengamal Reflektif
• Penyelidik
• Agen Sosial
• Agen Perubahan
• Pengganti Ibu Bapa
• Pembentuk Tingkah Laku
• Pengurus Pembelajaran
2) Pengamal Ilmu dan Kemahiran
- Pengamal pengetahuan kandungan pedagogi.
- Menstruktur pengajaran dengan mengintegrasikan unsur kemahiran dan nilai.
- Mempunyai peranan memindahkan ilmu dan meninggikan adab murid.
- Mempraktikkan budaya ilmu – membaca, berfikir, membuat penyelidikan & mencari idea baru.
3) Pembimbing
- Menyemai minat dan motivasi terhadap mata pelajaran.
- Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid.
- Menanamkan minat dan sikap yang sihat pada alam persekolahan & amalan seharian.
- Mengenal pasti & membantu murid yang mengalami masalah spt pelajaran, sosioemosi & kesihatan.
4) Pengamal Reflektif
- Membantu guru permulaan menstruktur pemikiran bagi menguasai aspek kandungan pengetahuan.
- Meningkatkan tahap profesional guru.
- Menambahbaik aktiviti P&P.
- Jika diterapkan kepada murid membolehkan mereka memperoleh kemahiran berfikir kritis & kreatif.
5) Penyelidik
- Dapat meningkatkan kualiti P&P.
- Menjalankan pelbagai jenis penyelidikan yang berkaitan amalan P&P.
- Menggunakan BBM dan mengkaji keberkesanannya melalui kajian penyelidikan tindakan.
- Guru boleh menjaalankan penyelidikan biasa menggunakan kaedah kes, soal selidik, pemerhatian & temubual.
6) Agen Sosial
- Guru agen sosialisasi.
- Guru bukan sahaja menyampaikan pengetahuan tetapi perlu menupuk sahsiah, sikap dan nilai selaras dengan kehendak budaya masyarakat.
- Guru berperanan sebagai pembudayaan masyarakat.
7) Agen Perubahan
- Masalah sosial masyarakat satu cabaran besar kepada tanggungjawab guru.
- Guru berperanan mengawal kepincangan ini.
- Oleh itu guru perlu membina kesepaduan ilmu, kemahiran dan nilai kepada murid.
- Menerapkan nilai kepimpinan demokratik.
- Peranan guru sebagai agen perubahan meliputi
- Menggunakan strategi pemusatan murid
- Mengawal sikap penyayang
- Bersikap proaktif
- Bersedia menghadapi perubahan
8) Pengganti Ibu BapA
- Guru perlu mendapat kefahaman sosiobudaya anak muridnya.
- Guru hendak peka dengan emosi, keperluan dan perubahan sikap & tingkah laku murid.
- Murid perlu diberi dorongan dan bimbingan tanpa batasan pilih kasih, prejudis atau diskriminasi.
9) Pembentuk Tingkah Laku
- Guru menyampaikan nilai moral, nilai agama, nilai terminal & nilai instrumental bagi membentuk tingkah laku murid.
- Bilik darjah yang efektif menekankan pembentuk tingkah laku (kesungguhan, kerajinan, ketekunan, persahabatan, toleransi dan kesabaran).
10) Pengurus Pembelajaran
- Meningkatkan keyakinan dan pencapaian pelajar dalam bidang akademik dan sosial.
- Mempengaruhi perkembangan emosi dan sosial pelajar.
- Memudahkan guru mendapat sokongan dan kerjasama yang baik daripada pelajar.
- Pelajar tidak merasakan adanya pilih kasih dan diskriminasi.
- Memupuk nilai persahabatan, kerjasama, toleransi dalam kalangan pelajar.
- Mengurus pelbagai rutin bilik darjah dan rutin aktiviti murid.
- Menguruskan persediaan mengajar teratur dan sistematik seperti RHP, BBM dan membuat rujukan pada bahan lain yang terkini.
- Mengurus perancangan penilaian termasuk prosedur dan BBM.
BAB 7 STRUKTUR ORGANISASI PENDIDIKAN
VISI DAN MISI KPM
1) Visi KPM : SEKOLAH UNGGUL PENJANA GENERASI TERBILANG
- Unggul bermaksud kehebatan yang patut ada di sekolah sama ada dari aspek kecemerlangan akademik dan kokurikulum mahupun siasah, prasarana dan persekitaran sekolah tersebut.
- Misi KPM: ‘Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti’
- Pendidikan berkualiti ialah pendidikan yang mampu membina masyarakat yang progresif, berdaya tahan, mampu berdepan dengan perubahan-perubahan di peringkat global tetapi pada waktu yg sama mendukung identiti negara berlandaskan Rukun Negara
2) carta organisasi(http://www.moe.gov.my/?id=143)
- KPM didokong oleh 31 Bahagian, 2 Bahagian Berkanun dan 16 Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)
- Pengetua akan dibantu oleh 3 Penolong Kanan iaitu PK 1-bertanggungjawab terhadap kurikulum dan pentadbiran
- PK2 – bertanggungjawab dlm HEM
- PK3 – menguruskan hal-hal kokurikulum
4) Tugas Dan Tanggungjawab Guru;
- Menyebarkan ilmu
- Pengamal dan pelaksana ilmu
- Pengamal TMK
- Role model
- Penerap nilai
- Educare/educere
- Pakar rujuk
- Pemimpin
- Mentor
- Penyelidik
- Agen sosialisasi
- Agen perubahan
- Pembina Negara Bangsa
5) Jangkaan Guru;
- Merupakan harapan dan keinginan guru yg sangat kuat untuk memperoleh sesuatu ganjaran atau hasil setelah melakukan sesuatu tugasan
4 bentuk jangkaan:
- jangkaan terhadap pelajar- e.g penentuan hasil pembelajaran
- Jangkaan terhadap pentadbir atau pengurus sekolah-e.g pihak pentadbir dapat memimpin dengan penuh amanah, berintegriti dan bersungguh-sungguh
- Jangkaaan terhadap ibu bapa dan komuniti – e.g merancang strategi bg membina jambatan yg menghubungkan ibu bapa dan komuniti dengan pihak sekolah
- Jangkaan terhadap diri sendiri – e.g meletakkan jangkaan bahawa guru berpeluang yg luas dalam laluan kerjaya di samping insentif dari sudut kebajikan
BAB 8 PERKEMBANGAN PROFESIONALISME GURU:PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT
PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU
1) Pembelajaran Sepanjang Hayat
- Seorang guru harus meneruskan pendidikannya sepanjang hayat kerana pendidikan sendiri mengalami pelbagai perubahan.
- Senaraikan perubahan-perubahan yang dimaksudkan di atas.
2) Cara guru dapat memenuhi tuntutan Pembelajaran Sepanjang Hayat
- Bengkel
- Seminar
- kursus-kursus pendek
- budaya membaca
- penyelidikan
- lawatan ke sekolah
- penandaarasan
- projek-projek komuniti
- aktif dlm persatuan akademik
3) Pembelajaran Sepanjang Hayat bermaksud motivasi kendiri ke arah pencarian dan peningkatan ilmu secara sukarela berdasarkan keperluan personal atau profesional.
4) Pembelajaran Peribadi
- Guru ialah contoh dan rol model paling dekat dengan murid, maka belajar bagaimana belajar ( learn how to learn ) perlu dipaparkan melalui perlakuan dan tindakan guru sendiri.
5) Senaraikan kaedah atau bentuk pembelajaran peribadi / kendiri yang anda tahu
Sebagai contoh
- Program secara “on-line” merupakan perkembangan baru dalam ICT dan guru boleh mendapatkan segala maklumat tentang pengajaran dan pembelajaran secara “on-line”.
- Antara contoh ialah VirTEC (Virtual Teacher Education Center)yang dibina dan menjadi satu landasan untuk merangsang gurudalam perkembangan professional guru Bahasa Inggeris (Mohamed Amin Embi,
6) Budaya Membaca;
- Guru perlu mengamalkan budaya membaca bagi memastikan mereka sentiasa kemaskini dengan ilmu pengetahuan.
- Guru di Malaysia patut menggilap imej guru melalui pembacaan bagi memastikan guru tidak terpinggir daripada kelompok profesional yang lain.
7) Mengapa dan bagaimana?
Budaya Menyelidik
Kajian Tindakan
- Bentuk kajian paling popular dalam kalangan guru Kem. Pelajaran Malaysia.
- Suatu pusingan (spiral) yang terdiri daripada perancangan, tindakan, penilaian terhadap tindakan.
- Fokus kepada kajian yang spesifik ttg satu aspek pengajaran yang guru perhatikan.
- Membentuk budaya reflektif, bersikap terbuka dan mampu menambah baik amalan kendiri.
8) Amalan Reflektif;
Antaranya amalan refleksi melalui :
- Penulisan reflektif/jurnal
- Portfolio pengajaran
- Penyelidikann tindakan,
- Perkembangan professional on-line
- Aktiviti Pusat Kegiatan Guru
- As teachers we must believe in change, we must know it is possible, or we wouldn’t be teaching – because education is a constant process of change. Every single time you “teach” something to someone, it is ingested, something is done with it,and new human being emerges (Leo Buscaglia).
9) Kolaborasi dan Musyawarah
- Kolaborasi bermaksud bekerja dengan orang lain dlm projek bersama yang mempunyai matlamat yang sama hendak dicapai.
- Musyawarah bermaksud rundingan yang berlangsung dan mencapai kata sepakat terhadap sesuatu tindakan yang diambil
10) Mengapa guru perlu berkolaborasi?
Elemen-elemen kolaborasi:
- Hubungan kerja berasaskan kepercayaan guru.
- Bekerja bersama-sama secara sukarela.
- Peningkatan kemahiran seabagi usaha berterusan.Berkolaborasi sebagai usaha berterusan tanpa menyekat individu.
- Penghargaan terhadap mereka yang terlibat
11) Latihan dlm Perkhidmatan ( Kursus Dalam Perkhidmatan – KDP)
Fokus kepada:
- Peningkatan ilmu
- Kemahiran guru dalam pengurusan
- Pembestarian sekolah
- Teknologi maklumat dan komunikasi
- Pengurusan kokurikulum
- Transformasi kurikulum
- Pentaksiran dan penilaian
- Pedagogi terkini
12) Pembelajaran Autentik
- Bermaksud pembelajaran berasaskan aktiviti dalam suasana sebenar yang membolehkan seseorang pelajar menumpukan pada pengetahuan dan kemahiran seperti kemahiran berfikir dan kemahiran menyelesaikan masalah.
13) Akses Maklumat daripada Pelbagai Sumber
- Program Adobe
- Program ERIC
- E-Pembelajaran
- E-Perpustakaan
- E-Buku
- E-Jurnal
Soalan Refleksi
- Sebagai guru permulaan, buktikan bahawa anda telah melengkapkan diri untuk menghadapi cabaran-cabaran masa kini dalam profession keguruan.

Kepimpinan guru besar
Berdasarkan rujukan dan kefahaman saya autokrasi
adalah satu cara mengurus atau memerintah atau mentadbir dengan kuasa mutlak
kepada seseorang. Dalam hal organisasi sekolah cara urus tadbir seseorang
Pengetua atau Guru Besar yang mengamalkan cara autokrasi adalah seorang
pentadbir yang mengurus sekolah tanpa menerima pandangan sesiapa. Apa sahaja
yang diarahkan semua guru dan staf mesti akur, jika tidak tindakan disiplin
akan diambil oleh beliau. Dalam pengurusan atau pentadbiran sekolah
kadang-kadang seorang pentadbir harus juga menggunakan kuasa mutlak atau
autokrasi dalam menggerakkan guru-guru dan staf terutamanya kumpulan yang
merasakan diri mereka selesa dan tidak mahu menerima perubahan walhal perubahan
yang dibawa membawa kebaikan.
Demokrasi pula pada pemahaman saya adalah satu
bentuk pemerintahan yang mengamalkan cara mengurus@mentadbir@memerintah secara
demokratik, dimana setiap seuatu perkara diputuskan melalui suara majoriti,
jika dalam hal negara ditentukan rakyat jelata. Bertepatan dengan asal perkataan
ini ( Yunani ) yang bermaksud rakyat
dan memerintah atau lebih tepat lagi Diperintah oleh rakyat. Dalam pengurusan
atau pentadbiran sekolah saya banyak mengamalkan cara ini, agar guru-guru dan
staf merasakan pandangan mereka diterima, dan secara tidak langsung mereka akan
mempunyai semangat kekitaan atau kepunyaan. Dari sini diharapkan mereka akan
menjalankan tugas dengan lebih berkesan dan cemerlang. Kebanyakan tindakan
diambil berdasrkan keputusan mesyuarat, ini bermakna pandangan semua pihak diambil
kira.
Laissez-faire
secara amnya difahami sebagai satu mengurus atau mentadbir yang
memberikan@menjamin kebebasan kepada individu. Dipandang dari satu sudut cara
ini memberi ruang untuk individu lebih kritis dan kreatif. Dalam pengurusan di
sekolah cara ini boleh diamalkan tetap tidak kepada semua guru dan staf, kerana
dikhuatiri ada yang akan mengambil kesempatan ke atas kebebasan yang diberikan.
Kebebasan yang diberikan bukan bermakna untuk mereka bertindak sewenangnya
hingga membawa keburukan kepada organisasi Cara ini mungkin boleh ditadbir urus
oleh pengetua atau guru besar kepada key personel tertentu seperti Guru
Penolong Kanan atau Ketua Panitia. Kebebasan diberikan kepada mereka yang faham
akan tugas sebenar mereka dalam ertikata lain penurunan kuasa supaya mereka
lebih bebas dan dengan sendirinya lebih kreatif Kesimpulan dalam mengurus tadbir organisasi sekolah,
ketiga-tiga gaya kepimpinan harus digunakan oleh Pengetua atau Guru Besar
berdasar situasi dan masa yang bersesuaian. Setiap satu gaya kepimpinan ini ada
kebaikan dan keburukannya dan ia sebenarnya terpulang kepada individu bagaimana
hendak mentadbir urus berdasarkan situasi, guru-staf dan masa
Datuk Abdul Aziz Ismail (1990), ciri-ciri penting seorang
pengetua/Guru Besar di sekolah yang cemerlang dan berkaliber hendaklah seorang
yang sentiasa :
1) berfikiran terbuka (open-minded) dan berpandangan jauh
(far-sighted),
2) menjalinkan hubungan yang mesra dengan pegawai-pegawai
atasan dan bawahan serta rakan-rakan sejawatnya (The greatness of a big man
lies in the way he treats little men),
3) mengambil berat tentang kebajikan kakitangannya dan
sentiasa berperikemanusiaan dan bertimbangrasa,
4) tidak menggunakan semata-mata pangkat dan kuasa untuk
bertindak,
5) bersedia mendengar dan mengambilkira pandangan dan
cadangan pegawai-pegawainya sebelum membuat sesuatu keputusan,
6) sedia menerima hakikat bahawa ada orang lain yang mungkin
lebih berpengetahuan atau lebih mahir daripadanya mengenai sesuatu bidang atau
perkara,
7) tegas tetapi adil dan saksama,
8) mengkritik dan menegur sacara membina,
9) sedia mengampuni seseorang yang bersalah, jika tidak berat
kesalahannya,
10) mengeksploitkan kekuatan-kekuatan setiap pegawainya,
bukannya kelemahan-kelemahan mereka,
11) mempunyai pengetahuan yang kemaskini-memberi perhatian
khas kepada idea-idea yang baru,
12) bersikap positif, sentiasa mencari jalan untuk
menyelesaikan sesuatu masalah,
13) berani dan sedia mengemukakan pendapat yang mungkin
bercanggah dengan pandangan atau pendirian pihak atasan tetapi rela menerima
keputusan muktamad pihak atasan.
Kata kunci: ciri guru cemerlang, guru cemerlang, ciri guru
besar cemerlang, ciri kepimpinan guru besar, soalan kissm guru besar, nilai
murni kepimpinan