MAIN LOMPAT
Mari main lompat bersama kawan
Lompat ke kiri lompat ke kanan
Pusingkan badan
Tepuk di atas tepuk di bawah
Kecilkan badan
Lompat tinggi sampai ke awn
LOMPAT-LOMPAT
Lompat-lompat lompat katak lompat
Lompat-melompat dalam kolam
Berenang-renang, bersukaria
Sambil menyanyi riang
Berenang-renang, bersukaria
Sambil menyanyi riang
KAMI MURID DARJAH DUA
Kami murid darjah dua,
Suka menyanyi serta membaca,
Bangun pagi cepatlah mandi,
Supaya kita tidak dikeji.
Kami murid darjah dua
Suka menyanyi serta membaca
Mari kita bertepuk tangan
Menyanyi dengan hati yang riang
-1-
BERGALOP
Lari-larilah bergalop
Dengan langkah sama-sama
Buatlah satu bulatan
Bergalop berpusing
Mari-mari semua
Bergalop sama-sama
Pusing-pusing keliling
Dengan langkah yang sama
BUNGA MAWAR
Kutanam pokok bunga
Bunga mawar namanya
Kusiram dan kujaga
Lama besar jadinya
Kupetik bunga mawar
Kuletak di kepala
Kujalan sini sana
Harum wangi baunya
LENGGANG KANGKUNG
Lenggang-lenggang kangkung
Kangkung tepi telaga ( 2 kali )
Balik dari menyabung
Makanlah nasi sahaja ( 2 kali )
GEYLANG SI PAKU GEYLANG
Geylang si paku geylang
Geylang si rama-rama
Pulang marilah pulang
Marilah pulang bersama-sama
Pulang marilah pulang
Marilah pulang bersama-sama
DODOILAH DODOI
Dodoilah dodoi
Adik jangan menangis
Pejamkanlah matamu sayang
Tenanglah kau dalam buaian
Pejamkanlah matamu sayang
Tenanglah kau dalam buaian
HIDUP BURUNG
Aku burung di dalam sangkar
Hidup terkurung
Hatiku susah
Ingin aku terbang bebas
Berkawan-kawan
Tinggi di awan
-2-
BILA DEWASA
Bila aku sudah dewasa
Aku ingin jadi tentera
Selalu sedia menjaga Negara
Berani berjuang
Musuh akan kutentang
RASA SAYANG
Rasa sayang eh
Rasa sayang sayang eh
He lihat nona jauh
Rasa sayang sayang eh
Piasng emas bawa belayar
Masak sebiji di atas peti
Hutang emas boleh dibayar
Hutang budi dibawa mati
Tanam ubi tanam keledek
Keladi birah di tepi tangga
Kita nyanyi adik-beradik
Kalau salah tidak mengapa
MALAYSIAKU
Tanahairku Malaysia jaya
Tanah tempatnya tumpah darahku
Berbagai bangsa ada bersama
Aman dan damai amalan kita
ANGIN
Lembut hembusannya dapat kurasa
Tak Nampak rupanya pegang tak jaya
Bertiup perlahan kurasa nyaman
Bila jadi rebut orang pun takut
Banyaklah guna, banyak bencana
Jangan dirisaukan, ciptaan Tuhan
Kadangkala kencang, dia memberang
Kadangkala dingin, itulah angina
MENAMPI PADI
Marilah kita menampi padi
Lenggok kek kanan lenggok ke kiri
Tua dan muda turutlah serta
Atulah amalan yang mulia
Tampilah tampi segera
Dengan lenggok yang sama
Cepatlah cepat semua
Bekerjalah bersama
-3-
MENYANYI GEMBIRA
Wahai kawan-kawan mari bersama
Menyanyi gembira ikut irama
La la la la la la bertepuk sama
La la la la la la sambil bergaya
KEBERSIHAN DIRI
Bersihkan diri sendiri
Mandi serta gosok gigi
Buangkan kotor di badan
Untuk jaga kebersihan
Pakaian bersih dipakai
Supaya cantik berseri
Janganlah lupa dan lalai
Jaga kebersihan diri
HORMATKAN BENDERA KITA
Lihatlah bendera kita
Berkibar dengan megahnya
Menjadi lambang Negara
Negara Malaysia jaya
Marilah hormat bersama
Bendera negara kita
Tandanya rakyat setia
Rakyat Negara Malaysia
TERBANG BURUNG TERBANG
Terbang burung terbang
Tinggi di awan
Bebas di angkasa
Berkawan-kawan
Makan di bendang
Ulat belalang
Bila dah kenyang
Tentu akan pulang
ADIK MANIS
Adikku yang manis
Janganlah menangis
Emak masak tumis
Bayam dengan remis
Adikku yang manja
Rajin buat kerja
Ibu juga bapa
Merasa gembira
-4-
HIDUP GEMBIRA
Sayang ibu, sayang ayah
Sayang adik, abang dan kakak
Kami semua, sungguh gembira
Riang ria keluarga bahagia
Hati senang, hidup riang
Kami semua sayang – menyayang
Ayah ibu, raja dan ratu
Yang selalu membelai daku
Durian ciku buah rambutan
Rasanya jadi idaman
Berbagai bentuk rupanya
Buahlah manggis putih isinya
Duku langsat dan papaya
‘Pabila musim pun tiba
Dijual merata-rata
*‘Pabila – Apabila
AKU BURUNG TIUNG
Aku burung-burung tiung berperi
Riang di dalam sangkarku ini
Suaraku seperti manusia
Menegur dan bertanya siapa
Aku burung-burung tiung
Sungguh pandai berperi
Aku burung-burung tiung
Sungguh pandai berperi
BAHASA KITA
Bahasa Malysia, bahasa Negara
Cintailah bersama
Alat perhubungan perpaduan bangsa
Bahasa jiwa bangsa
ULIK-ULIK MAYANG
Ulik mayang mayang diulik
Ulik dengan jala jemala
Datang satu datang semua
-5-
NYAMUK
Terbang terbang nyamuk durjana
Mengisap darah manusia
Bermacam penyakit darinya
Demam denggi dan malaria
Nyamuk mesti kita hapuskan
Di desa ataupun di pecan
Botol, tin sampah dibersihkan
Air bertakung dikeringkan
CIKGU BUDIMAN
Selamat pagi kami ucapkan
Kepada cikgu sungguh budiman
Terima kasih saya dan rakan
Ilmu berguna cikgu curahkan
PADIKU
Padi padiku masak berwarna emas
Rasa hatiku gembira paling puas
Ho ho ho hoi, ho ho ho hoi
Pergilah pergi wahai burung jangan hinggap
Ho ho ho hoi, ho ho ho hoi
Semoga engkau tidak akan kena tangkap
BUNYI SEMUA
Ing-ing-ing bunyi biola
Tu-tu-tu bunyi seruling
Bum-bum-bum bunyi rebana
Cing-cing-cing bunyi kerincing
Ing-tu-bum-cing bunyi semua
Ing-tu-bum-cing bunyi semua
BERMAIN DI PANTAI
Mari semua ke pantai berkelah
Bersama ibu dan ayah
Bermain sepanjang pantai yang indah
Mengutip kerang dan kepah
Jangan bermuram dan bersedih hati
Menyanyilah dan manari
Tetapi janganlah lupakan diri
Nanti menyusah sendiri
THE MORE WE GET TOGETHER
The more we get together, together
The more we get together, the merrier we’ll be
For your friends are my friends
And my friends are your friends
The more we get together the merrier we’ll be
-6-
JASA AYAH DAN IBU
Oh ayah oh ibu yang kusayang
Kau tempat bermanja siang malam
Engkaulah tempat kubelindung
Untuk hidup dan belajar ilmu
KELUARGA BAHAGIA
Kasih pada ibu, taat pada bapa
Hormat pada guru,mambawa bahagia
Ibu dan bapa serta keluarga
Bimbinglah kami dengan penuh kasih sayang
Masa tidak menunggu kita
Dari itu janganlah leka
Jangan menderhaka pada orang tua
Amalan hidup kita mereka yang rajin berusaha
Hidup bahagia dan sempurna
Ingat pada Tuhan hindar kejahatan
Keluarga bahagia
Kasih pada ibu, taat pada bapa
Hormat pada guru, membawa bahagia
Ibu dan bapa serta keluarga
Bimbinglah kami dengan penuh kasih sayang
Berbilang bangsa aman damai
Suburlah tanah berbagai hasilnya
Ibu negeri Negara Malaysia
Bandar kita menjadi Wilayah
Sibuk dan sesak jalan raya
Bangunan melangit dan indah juga
Bandar inilah kemegahan kita
KASIH IBU
Kasih ibu sejati
Membawa bahagia
Haruslah dihormati
Hidupmu sempurna
Janganlah kau derhaka
Terhadap ibu
Budinya amat besar
Terhadap kamu
Dari itu sentiasa
Hormat ibu bapa
Agar hidup bahagia
Selama-lamanya
-7-
BURUNG TUKANG
Suatu malam bulan terang
Terdengar bunyi burang tukang
Di atas pokok berbunyi riang
Macam orang bertukang
Tok tok tok rajinnya
Apa yang diketuknya
Tok tok tok bertukang
Kerja sepanjang malam
Ketukannya tak jemu-jemu
Apa ditukang ku tak tahu
Hatiku hairan kutanya ibu
Bunyinya yang begitu
NASIHAT GURU
Tiap hari guru berpesan
Rajin selalu baca buku
Pesan guruku itu
Tidaklah kulupakan
Supaya kumenjadi maju
Guru selalulah berkata
Hormat kepada orang tua
Tolong ibu dan bapa
Walau apa pun kerja
Itulah anak yang berjasa
CITA-CITA
Di waktu pagi ku pergi sekolah
Hawanya sejuk nyaman terasa
Kurasa segar tiada terkira
Bersama kawan-kawan kami gembira
Tiaplah hari pergi sekolah
Belajar tulis juga membaca
Bilalah besar mengganti ayah
Majukan bangsa juga negara
tahniah atas kejayaan mengumpul lagu2 retro di atas... tapi saya masih tak berjaya untuk cari semula video clip KELUARGA BAHAGIA yang diterbitkan oleh Filem Negara Malaysia circa 1980an...kelakar terlampau!
BalasPadam