Dapat Wang

http://www.dapatwang.com/?id=powermoneymegat">http://www.teknikpower.com/index.php?ref=jebat" target="_blank">

Khamis, 21 April 2011

Tamadun Islam - Memelihara Akal Fikiran

 Memelihara Akal Fikiran

Akal fikiran merupakan organ yang paling penting dalam ke­jadian manusia. Akal merupakan anugerah yang tertinggi dan berharga diberikan oleh Allah kepada manusia. Akal yang dianugerahkan kepada manusia, merupakan faktor yang paling utama membezakan di antara manusia dengan makhluk­makhluk lain kejadian Allah. Melalui kekuatan akal, manusia dapat menyempurnakan amanatnya sebagai khalifah di muka bumi ini. Akallah yang menaikkan taraf manusia menjadi semulia-mulia makhluk dan akal juga yang menjadikan ma­nusia sehina-hina makhluk di atas muka bumi. Mengikut Haji Abdullah Siddik (1980), pengajaran Islam bersemboyan de­ngan akal clan fikiran untuk mencari Tuhan dengan bantuan al-Quran. Setiap agama yang tidak bersendikan akal atau sesuatu agama yang berjalan dengan membatasi akal, agama sedemikian tidak akan dapat hidup kekal. Manusia dapat menggunakan akal untuk memikirkan betapa besarnya nikmat yang diterima daripada Allah dan kebesaran Allah, sesuai dengan sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang diriwayatkan oleh Jabir pada sisi al-Baihaqi. Antaranya yang bermaksud:

”Agama manusia ialah menurut akalnya dan siapa yang tiada ber­akal, tiadalah agama baginya.”

“Tiada sempurna agama manusia selama-lamanya sebelum sempurna akalnya.”

Jelaslah daripada pengertian hadis di atas menunjukkan bahawa apabila akal fikiran tidak berfungsi dengan sepenuhnya, keseluruhan kehidupan individu berkenaan tidak bererti dan bermakna lagi. Dengan lain perkataan, apabila seseorang telah mengidap penyakit gila, sasau dan 'kurang masak', keseluruhan kehidupannya tidak bermakna lagi bagi dirinya, keluarga, agama dan masyarakat. Semua tang­gungjawab dan peranannya terhadap Allah (ibadat khusus), dirinya, keluarganya dan negara (undang-undang) tidak diambil kira dan dip ertanggungjawabkan. Ini menunjukkan bahawa Islam sangat mementingkan akal, memberi kemerdekaan akal sepenuh-penuhnya sesuai dengan sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud:

“Yang mengangkatkan manusia kepada darjah dekat kepada Tuhan ialah menurut qadar akal mereka jua.”     (Hadis riwayat Bukhari)
     Sehubungan itu agama Islam sangat mengambil berat bagi proses pemeliharaan akal fikiran sehingga mewajibkan kepada manusia menjaga kesempurnaannya. Agama Islam telah meng­gariskan beberapa panduan agar akal fikiran manusia terkawal dan berfikiran balk, seterusnya tercapai kesempurnaan akal dan keseluruhan individu berkenaan. Antara panduan tersebut ialah:

1. Islam mewajibkan dan menghendaki agar setiap umatnya menuntut ilmu pengetahuan sebanyak mungkin tanpa had masa, tempat, umur, jantina, bangsa dan puak yang tertentu. Dengan ilmu pengetahuan manusia dapat meng­gunakannya untuk mencapai ke arah kebaikan akal dan keseluruhan hidup. Saranan untuk menuntut ilmu, ini jelas seperti yang dinyatakan oleh sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud.

“Tuntutlah ilmu dari dalam buaian hingga ke liang lahad.”  (Hadis riwayat Muslim)

Kenapakah Ilmu pengetahuan sangat penting bagi ma­nusia. Mengikut H. Zainuddin dan Fachruddin (1987), yang membuat ulasan ayat 9, surah Adz Dzariyat. Beliau menjelaskan bahawa orang yang tidak be rilmu dan tiada berpendirian dengan mudah dapat diputar qleh sesiapa yang pandai memutar. Tetapi yang beriman teguh dan berpendirian tetap, tiadalah mereka berkisar dari kebe­naran yang diyakininya.
2. Penekanan kepada pemeliharaan akal fikiran dapat dilihat dengan jelas pada sabda Rasulullah s.a.w. yang hanya membahagikan manusia kepada dua golongan sahaja iaitu golongan cerdik pandai dan para pelajar, selain daripada kedua-dua itu tidak ada kebaikan. Sabda Nabi Muham­mad s.a.w. yang bermaksud:

“Manusia itu dua golongan, orang yang berilmu dan orang yang belajar dan tidak ada kebaikan selain dari keduanya.”   (Hadis riwayat Muslim).

3. Allah Taala telah mengharamkan semua tingkah laku yang dapat merosakkan kesempurnaan akal fikiran. Contohnya sekarang telah diakui oleh pakar-pakar perubatan bahawa arak merupakan salah satu bahan yang dapat merosakkan akal manusia. Namun begitu agama Islam telah mengharamkan arak sejak 1400 tahun lalu, seperti yang dijelaskan oleh Allah Taala dalam firmannya yang bermaksud:

”Hai orang-orang yang beriman! Minuman keras, main judi, ber­hala dan mengundi nasib dengan panah itu, sesungguhnya           , perbuatan kotor, termasuk peke jaan syaitan, sebab itu hendak­lah kamu tinggalkan supaya kamu menjadi beruntung.”
                                                                                                 (Al-Maidah: ayat 90)
4. Islam bukan sahaja melarang melakukan perbuatan yang boleh mencacatkan kesempurnaan akal tetapi sebaliknya menyediakan tapak clan asas supaya umatnya sentiasa ber­fikir, merenungi, memerhati, membuat kajian dan penyelidikan ke atas kejadian di muka bumi. Manusia dikehendaki mengkaji dirinya sendiri, binatang­binatang, bumi, langit, laut, gunung ganang dan sebagainya supaya akal sentiasa cergas dan intelek dapat ditingkatkan dari semasa ke semasa. Banyak ayat-ayat al­Quran yang membuat gesaan tersebut, antaranya ialah seperti yang bermaksud:

”Tiadakah mereka memperhatikan burung -di atas mereka ter­bang mengembangkan sayapnya dan mengepitkannya?. Tiada siapa pun yang menahannya selain dari Tuhan yang Pemurah. Sesungguhnya Dia melihat segala sesuatu.”                                                                          (Al-Mulk: ayat 19)

”Dan juga pada dirimu sendiri mengapa kamu tidak per­hatikan?”
                                                                                            (Adz Dzariyat: ayat 21)

”Dan mereka berkata: kalau kiranya kami mendengarkan dan mempergunakan fikiran kami, tiadalah kami akan menjadi penghuni api yang menyala.”
                                                                                                     (Al-Mulk: ayat 10)

”Demi (perhatikan) langit yang penuh dengan jalan jalan.”        
                                                                                              (Adz Dzariyat: ayat 7)

5. Mereka yang menggunakan akal fikiran sahaja dapat me­nerokai dan menggunakan petunjuk yang disarankan oleh Allah melalui kitabnya. Apa yang digambarkan oleh Allah di dalam al-Quran tidak mungkin diterokai kecuali oleh golongan intelek dan cendikiawan. Ini telah dijelaskan oleh Allah yang bermaksud:

”Dan perumpamaan yang demikian Kami buatkan untuk manusia, dan hanyalah orang-orang yang berilmu dapat mengerti.”       
                                                                                               (Al-Ankabut: ayat 43)






Tiada ulasan:

Catat Ulasan