Dapat Wang

http://www.dapatwang.com/?id=powermoneymegat">http://www.teknikpower.com/index.php?ref=jebat" target="_blank">

Khamis, 21 April 2011

Tamadun Islam - Memelihara Hak Dan Kebebasan

 Memelihara Hak dan kebebasan

Islam telah memberi kebebasan dan hak kepada manusia un­tuk melakukan sesuatu perbuatan dan tingkah laku. Islam telah menyatakan dua kategori hak dan kebebasan yang diberikan kepada manusia iaitu:
1. Hak Allah
2. Hak dan kebebasan manusia

Hak Allah
Mengikut Mustafa Haji Daud (1991), kebebasan yang ada kaitannya dengan hak Allah Taala merupakan kebebasan ma­nusia daripada sebarang bentuk pengabdian din' selain Allah Taala. Dalam erti kata yang lain, konsep kebebasan yang ada kaitannya dengan Allah Taala ialah pentauhidan Allah Taala itu sendiri. Hal ini adalah bertitik tolak daripada kenyataan bahawa Allah Taala sebenarnya menjadi punca segala kekuat­an, bertanggungjawab menentukan segala sesuatu yang ada di dalam alam ini. Semua balk dan buruk adalah berada di dalam ilmu, kudrat dan iradat-Nya. Bagi menjamin keberkekalan kebebasan manusia daripada kemungkinan terjerumus ke lembah penindasan dan belenggu kesesatan, Allah Taala telah mengutuskan Rasul-rasul yang bermula dengan Adam a.s. dan berakhir dengan Nabi Muhammad s.a.w. yang disertakan dengan wahyu di dalam kitab-kitab seperti Taurat, Injil, Zabur dan disempurnakan oleh al-Quran. Al-Quran secara khusus bertanggungjawab mengekalkan kebebasan manusia yang ada kaftan dengan hal Allah Taala melalui tiga cara:
1. Kebebasan dan taklid
2. Alam bukti kewujudan Allah Taala
3. Kebebasan dari kesesatan
      Islam telah memerdekakan manusia daripada belenggu yang menindaskan akal mereka, iaitu adat yang bertentangan de­ngan akidah, syarak, clan akhlak. Kebebalan dan kejahilan me­reka yang hanya mengabdikan din' kepada adat resam semata­mata, menghormati dan menghargai budi bicara daniasa balk datuk nenek mereka telah direndahkan oleh Allah Taala ke taraf haiwan. Haiwan dalam erti kata kegagalan mereka melihat dengan mata hati clan akal fikiran tentang kesesatan dan ketidakbenaran apa-apa yang ditaklidkan. Taraf tersebut telah dijelaskan oleh Allah Taala yang bermaksud:

” Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka jahanam ke­banyakan dari jin dan manusia, yang mempunyai hati (tetapi) tidak memahamkan dengan hatinya, mempunyai mata, (tetapi) tidak me­lihat dengan matanya, dan mempunyai telinga, (tetapi) tidak men­dengar dengan telinganya. Orang-orang itu seperti ternak, bahkan lebih sesat; itulah orang-orang yang lalai.”                                                                      (Al-A'Raaf: ayat 179)

      Keadaan ini dikenali sebagai penjajahan akidah atau pemi­kiran. Penjajahan dalam erti kata kegagalan mereka membe­baskan din daripada belenggu kesesatan adat warisan yang mereka miliki walaupun ternyata ketidakbenarannya. Pema­tuhan kepada isme-isme yang beraneka corak pada han ini seperti sekularisme, humanisme, materialisme clan sebagainya merupakan penjajahan akidah dan pemikiran yang sentiasa di­perjuangkan penghapusannya oleh Allah Taala. Semua isme berkenaan hanya merupakan buah fikiran ahli falsafah yang sesat dan menyesatkan.
Mengikut Mustafa Haji Daud (1991), alam ini bukti kewu­judan Allah Taala. Al-Quran telah bertanggungjawab menge­kalkan kemerdekaan akal daripada kesesatan akidah dengan membuktikan bahawa kewujudan alam ini adalah bukti kewujudan dan keesaan Allah Taala. Sebelum manusia sampai ke tahap penerimaan segala yang terkandung di dalam al­Quran tentang sifat ketuhanan Allah Taala, mereka dikehen­daki meneliti, merenung, mengkaji dan berfikir tentang ke­jadian alam. Berfikir dapat mencetuskan keimanan yang kuat dan unggul terhadap keesaan Allah Taala, kekuasaan dan keluasan ilmu-Nya.

Hak dan kebebasan manusia
Islam memberi kebebasan sebagai hak asasi manusia. Kebe­basan tersebut ialah:
1. Kebebasan bergerak
2. Kebebasan bersuara
3. Kebebasan berpersatuan
4. Kebebasan beragama
      Islam memberi kebebasan kepada manusia untuk bergerak, berusaha dan bertindak. Kebebasan ini memberi ruang kepada manusia melaksanakan segala urusan kehidupan mereka yang mempunyai perkaitan dengan ekonomi, sosial, politik, pen­didikan dan sebagainya. Islam menjamin kebebasan kepada manusia untuk bergerak, berusaha dan bertindak selagi tidak bercanggah dengan syariat, syarak, akidah dan akhlak Islam. Islam menjamin dan memberi kebebasan kepada setiap orang untuk memajukan dirinya, keadaan ini telah dijelaskan oleh Allah Taala yang bermaksud:

” Orang-orang Muslimin itu sama harga darahnya. Siapa yang masih rendah kedudukannya hendaklah berusaha mendapatkan ketinggian atas bantuan dan jaminan mereka bersama”.                                                                          (Hadis riwayat Bukhari)

      Mengikut Mustafa Haji Daud (1991), Islam menganggap kebebasan bersuara dan kebebasan mengeluarkan buah fikiran hak asasi manusia. Islam menitikberatkan tentang jaminan ke­bebasan bersuara dan mengeluarkan pendapat asalkan kebe­basan itu tidak melanggar akidah, syarak, syariat dan akhlak Islam. Kebebasan mengeluarkan hasrat hati dan luahan perasaan adalah terjamin seluas-luasnya selagi tidak menggunakan kata­kata yang lucah dan pemikiran yang mencemari akidah, syarak dan akhlak.
      Islam menjamin setiap manusia bebas berkumpul, beror­ganisasi clan bergaul selagi tidak bertentangan dengan akidah, syarak dan akhlak. Agama Islam mewajibkan setiap umatnya berbincang sesama sendiri bagi menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul dalam kehidupan seharian. Islam mengutamakan majlis syura atau bermesyuarat dalam menentukan sesuatu keputusan yang tidak terdapat dalam syariat Islam atau tidak dijelaskan oleh al-Quran dan al-Sunnah.
Islam menjamin setiap orang mempunyai kebebasan untuk beragama. Seseorang Islam tidak boleh memaksa orang lain untuk memeluk agama Islam. Islam menggalakkan setiap umatnya memberi dakwah dan penerangan kepada orang lain supaya memeluk Islam tetapi bukan secara paksa atau desakan. Mereka boleh memeluk Islam secara sukarela dan ikhlas. Ini­lah nilai keimanan yang paling bernilai di dalam Islam. Allah Taala tidak mengiktiraf keislaman secara berpura-pura dan paksa seperti yang dilakukan oleh golongan munafik.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan