Memelihara Jiwa dan Nyawa
Jiwa dan nyawa merupakan anugerah Allah Taala yang paling berharga kepada manusia di dunia. Tanpa nyawa, jasad manusia tidak berharga dan tidak berguna. Sehubungan itu, tamadun Islam telah mengutamakan pemeliharaan jiwa dan nyawa sebagai dasarnya. Allah Taala yang menjadikan semua makhluk termasuk manusia dan Allah Taala yang berhak sepenuhnya ke atas kejadian tersebut, dengan ini tiada sesiapa pun yang berhak untuk mencabuli hak mutlak tersebut. Mengikut Amir A. Rahman (1990), Allah Maha Berkuasa terhadap sekalian alam telah mengurniakan kehidupan kepada setiap manusia dan makhluk lain. Dengan itu tidak seharusnya bagi sesiapa pun bertindak di luar garis yang ditetapkan oleh Allah berpandukan syariat Islam. Keadaan ini selari dengan firman-Nya yang bermaksud:
“Dan sesesungguhnya Kami yang menghidupkan dan yang mematikan; dan Kami yang mempusakai.” (Al-Hijr: ayat 23)
Allah Taala telah menetapkan supaya setiap orang memelihara jiwa dan nyawa diri sendiri atau orang lain. Segala bentuk tingkah laku (termasuk makan dan minum) yang boleh menyebabkan tercedera dan terancam jiwa dan nyawa diri sendiri atau orang lain ditegah dan tidak dibenarkan sama sekali oleh Allah. Antara tingkah laku tersebut seperti mengambil dadah, membunuh diri, pembunuhan, mencedera orang atau diri sendiri. Banyak ayat al-Quran yang menegah manusia bertingkah laku demikian, antaranya yang bermaksud:
“... dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan dan berbuat baiklah sesungguhnya Allah menyukai orangorang yang berbuat baik.”
(Al-Baqarah: ayat 195)
“... dan janganlah kamu membunuh bangsamu sendiri. Sesungguhnya Allah itu Penyayang kepadarnu.” (An-Nisaa: ayat 29)
”... bahawa sesiapa yang membunuh seorang manusia, bukan kerana hukuman pembunuhan atau kerana membuat bencana dalam negeri, maka bererti orang itu telah membunuh manusia seluruhnya.” (Surah al-Maidah: ayat 32)
Membunuh orang lain kerana berbagai-bagai alasan seperti takut miskin dan sebagainya adalah ditegah dan tidak dibenarkan oleh Islam. Contohnya, setengah bangsa mempercayai bahawa membunuh anak kecil supaya keluarga tidak berkembang dapat menyelamatkan keluarga daripada ditimpa kemiskinan atau membunuh anak-anak perempuan adalah ditegah dan dilarang dalam Islam. Keadaan ini telah ditegaskan oleh Allah dalam firman-Nya yang bermaksud:
” Dan janganlah kamu bunuh anak-anakmu kerana takut miskin. Kami yang memberi rezeki mereka dan kamu. Sesungguhnya membitruih mereka adalah suatu kesalahan besar.” (Al-Isra: ayat 31)
Dalam Islam pembunuhan boleh dilakukan tetapi dengan syarat dan keadaan tertentu yang dibenarkan oleh syarak dan syariat Islam demi untuk mendapat keadilan. Perbuatan membunuh orang lain tanpa keadilan atau pembunuhan yang dilakukan tanpa sebab-sebab yang dibenarkan oleh syarak, perbuatan tersebut dikategorikan dalam perbuatan yang melibatkan dosa besar. Keadaan ini telah ditegaskan oleh Allah Taala seperti firman-Nya yang bermaksud:
” Dan janganlah kamu bunuh manusia yang dilarang Tuhan membunuhnya, melainkan untuk keadilan. Dan siapa yang terbunuh dengan tidak menurut keadilan, maka sesungguhnya Karni berikan kepada warisnya kekuasaan. Maka janganlah dia membunuh melanggar batas; sesungguhnya dia beroleh bantuan.”
(Al-Isra: ayat 33)
Perbuatan membunuh din sendiri juga dilarang di dalam Islam dan perbuatan ini merupakan perbuatan yang paling keji dan tidak dilakukan oleh makhluk lain di muka bumi, selain daripada manusia. Mengikut Ab. Alim Abdul Rahim (1994), bahawa hanya manusia merupakan satu-satunya makhluk di bumi ini yang membinasakan dirinya sendiri. Membunuh din merupakan suatu perbuatan yang sengaja untuk memusnahkan diri. Berbagai-bagai alasan telah dibenikan untuk menerangkan fenomena yang unik dan tragis ini. Di antaranya seperti di sampuk hantu, perubahan cuaca, penentangan terhadap adat dan pantang larang, lemah semangat, tidak mantap pendinan, tidak beriman dan sebagainya. Allah Taala telah melarang manusia membunuh dirinya sendiri seperti firmanNya yang bermaksud:
” JatiQanlah kamu membunuh diri kamu kerana sesungguhnya Allah Maha Belas Kasihan kepadamu.” (Al-Nisa: ayat 29)
Dengan ini jelaslah bahawa Allah Taala melarang manusia bertingkah laku ke arah mencederakan din' sendiri atau orang lain. Begitu juga Allah Taala melarang, menegah dan mengutuk orang yang membunuh din' sendiri dan membunuh orang lain tanpa sebab yang dibenarkan oleh syarak. Semua tegahan tersebut melambangkan Islam dan tamadun yang wujud daripada Islam memelihara keselamatan jiwa dan nyawa seluruh manusia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan